Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Thursday, June 24, 2010

Nasi Lemak Sambal Bilis

Nasi Lemak Sambal Bilis

Salam sejahtera semua nyer dipagi Jumaat yang yang barakah ni ...... ni sebenar nyer resipi malam tadi ..... teringin lah pulak makan nasi lemak biasa2 je .... nak beli kat luar sekarang ni mahal gak tau nasi lemak kat area Kg. Pandan ni .....jadik saya pun bukak lah peti sejuk tengok2 ape2 yang ade dalam peti sejuk tu .... jadik semua nyer ade ape lagi jadi lah nasi lemak sambal bilis tu ...... nak resipi ke ...kalau nak kat bawah ni ok ....Selamat mencuba ......

Bahan2 nasi lemak:

2 pot beras (bersihkan dan ditoskan)
3 pot santan pekat (dari sebiji kelapa)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 helai daun pandan
garam secukup rasa


Cara2nya:

  • Masukkan semua bahan2 tersebut kedalam periuk nasi elektrik.
  • Masaklah seperti masak nasi seperti biasa je ....


Bahan2 untuk sambal bilis:

1 cawan ikan bilis

Bahan2 dikisar:

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
15 biji cili kering

3 sudu besar untuk menumis
sedikit garam, sedikit serbuk perasa, 2 sudu kecil gula dan 2 sudu besar air asam jawa.

Cara2 memasaknya:
  • Pijarkan minyak dan tumis semua bahan2 kisar tadi sehingga garing.
  • Setelah garing masukkan garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa.
  • Biarkan selama 5 minit. Kemudian masukkan ikan bilis dan masaklah sehingga pekat dan boleh lah dihidankan dengan nasi lemak.

Cara menghidangkan nasi lemak ini boleh lah mengikut citarasa masing2 ..... boleh lah ditambahkan dengan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun, telur goreng dan sebagai nya.... Selamat mencuba .........



Wednesday, June 23, 2010

Sardin Masak Sambal

Sardin Masak Sambal


Assalamualaikum dan salam pagi Rabu semua ....... maaflah ya lama tak masuk blog jadik ni lah baru masuk balik...... ni bukan ape semalam lepas balik opis gak la ...... tak tahu lah nak makan ape jadik pikir punya pikir teringat lah kat umah ada sardin jadik dah lama tak masak sardin malam tu aku ngan housemate aku dinner lauk sardin lah ...... tapi ade lah sikit sayur ...... sawi goreng ngan telur dadar so ape lagi makan tak ingat dunia lah ...... jadik kalau ade sesiapa nak cuba resipi sardin aku ni ambil lah kat bawah ni ....... cuba tau ......

Bahan2nya:

1 tin besar sardin (ape2 jenama pun boleh)


Bahan2 untuk ditumbuk:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
5 biji cili kering


Bahan2 perasa:

1/2 sudu kecil
2 sudu besar air asam jawa
sedikit serbuk perasa dan gula


Bahan2 untuk hiasan:

1 biji bawang besar (dipotong bulat2)
1 biji cili merah (dihiris2)
5 biji cili padi (dihiris2)


Cara memasaknya:

  • Pijarkan minyak sebanyak 3 sudu besar. Setelah itu tumiskan bahan2 tumbuk tadi sehingga garing. Kemudian itu terus masukkan 1 tin sardin tadi.
  • Biarkan mendidih selama 5 minit. Masukkan pula bahan2 perasa pulak. Biarkan lagi selama 3 minit dan mendidih seketika.
  • Akhir sekali masukkan semua bahan2 hiasan tadi dan biarkan 2 minit lagi. Setelah nampak bahan2 hiasan tadi agak layu sedikit bolehlah diangkat dan terus dihidangkan bersama nasi putih atau dimakan dengan roti.
  • Cuba jangan tak cuba serta ringkas sekali.

Monday, June 14, 2010

Buku Baru "HERBA WARISAN 1001 RAHSIA"

...... Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku ni dan salam hari Isnin ..... coretan aku hari ni bukan apa sambil2 buat kerja dan cari bahan kat internet tu terjumpalah pulak satu artikel ni dimana Perpustakaan Negara ada mempromosikan satu buku yang bertajuk "HERBA WARISAN 1001 RAHSIA" dan aku rasa buku ni bagus untuk semua ....... jadik tidak salah kalau kita semua memiliki buku ni dan buku ini ade terjual di semua toko2 buku terkemuka diseluruh negara dan kepada sesiapa yang tidak mampu bolehlah meminjam buku2 tersebut di perpustakaan yang terdekat ditempat tinggal saudara .... dan aku pun yang bertugas di salah sebuah kolej swasta di kotaraya KL ni akan mencadangkan supaya jabatan aku membeli buku tersebut untuk rujukan pengguna2 di kolej aku ..... jadik kepada semua yang nak ketahui buku ni lebih lanjut bolehlah membaca sinopsis buku ni dibawah ni .... Selamat membaca .....


Herba Warisan 1001 Rahsia

HERBA WARISAN 1001 RAHSIA

HERBA WARISAN 1001 RAHSIA
muka depan
muka belakang

Buku ini memaparkan tentang kelebihan dan keistimewaan tumbuhan herba yang terdapat di alam ini hasil pengumpulan maklumat bersempena dengan pameran mengenai tumbuhan herba yang telah diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia dari 7 Julai hingga 20 Ogos 2007. Tumbuhan herba yang secara amnya merujuk kepada semua jenis tumbuhan yang mana-mana bahagiannya termasuk daun, batang, buah, kulit batang, akar, rizom ataupun bunga, mempunyai pelbagai kegunaan terutama dalam bidang perubatan dan rempah ratus dalam masakan. Kini tumbuhan herba menjadi semakin penting sebagai sumber biodiversiti yang berupaya menyumbang dalam meningkatkan industri bioteknologi. Buku ini sesuai untuk bacaan para penyelidik, pelajar, penulis dan masyarakat umum pelbagai peringkat.


Muka surat
:
111 muka surat



Tahun terbitan
:
2008



Harga senaskah
:
RM34.00



ISBN No.
:

978-967-931-221-8






Sunday, June 13, 2010

Kenangan di Kenduri Kahwin Anak Buah Member Noel's di Semenyih, Selangor (13/06/2010)

..... ni lah dier pengantin baru ... cantik tak? ..... cantik kannn .... cam raja zaman dulu2 kan .... anak buah member housemate aku, Kak Ana .... macam pinang dibelah 2, masa ni tengah dok tengok orang bersilat biasa lah adat orang Melayu kita kannn .......


...... persembahan silat Melayu cam zaman dulu2 .... untuk pengantin baru ..... adat cam ni jangan harus ditinggalkan ........


...... ni lak housemate aku lah .... tengah bawak buah tangan (orang Jawa lak kata "BONTROT") yang pihak pengantin beri ...dalam beg tu adalah serunding kelapa dan ketupat segera ada gak gula2, coklat dan cupcake serta telur rebus ...


...... Kek Pengantin Baru ..... pink gak 3 tingkat lagi ..... cantik dan sesuai lah untuk majlis potong kek nanti .....


....... hah ni pulak pelamin dier .... warna pink gak ... cute la, terletak kat area luar rumah ..... bagus gak lokasi dier ... mudah untuk semua tetamu melihat pengantin baru .......


....... meja makan pengantin .... semua nyer warna pink.... cantik gak ........


....... Assalamualaikum semua hari ni ...... sihat ke? ...... moga2 sesiapa yang baca blog saya ni semuanya sihat walafiat ..... ni bukan ape cuma nak kongsi je coretan saya ari ni .... so tengahari tadi saya pergi rumah kenduri orang kahwin .... tulah anak buah member opis housemate saya, mula2 tu malas gak nak gi tapi bila housemate saya pujuk2 ok gak la .... maklum lah cuti sekolah ramai orang buat kenduri kahwin ...... rumah pengantin tu plak kat Taman Pelangi, Semenyih ...... kawasan tu gak area nak gi kampung orang tua aku kat Beranang, N9 ...... wahhhhh bila sampai area tu ..... terperanjat beruk gak aku ..... kawasan tu semua nyer dah maju, ada TESCO lagi kat area situ .... ada kolej ...... dan macam2 lagi ada di situ .......

...... so senang gak nak cari rumah pengantin tu sebab pelan pada kad jemputan tu ok belaka .... bila sampai dalam pukul 1.30 tengahari, perut pun dah berkeroncong, ape lagi kita orang serang lah khemah pengantin tu, pengantin lak dah nak mula bersanding .... gambar kat atas tu .... jadik kita orang pu ape lagi terus lah ke khemah .... waaaahhhhh ....... makanan yang disajikan secara buffet meriah nyer ... kita orang ape lagi ambil lah makanan ....ada nasi beriani, ayam masak merah, dalca sayur, ada korma daging, papadom, semuanaya ada ....makanan nya sedap2 belaka ..... atas meja lah ada dessert pulak ada tapai pulut dan agar2 pandan pun sedap gak .... dah kenyang tu tengok pengantin bersanding jap dan terus balik dan dapat lah buah tangan cam dalam gambar housemate saya bawak tu .... kepada Kak Ana, terima kasih saya ucapkan kerana sudi menjemput Noel dan saya ke majlis kenduri kawin anak buah Kak Ana tu, jadik tu jelah coretan saya wat minggu ..... selamat berhari minggu..... wasalam .....


Saturday, June 12, 2010

Ikan Bawal Masak Tomato


...... Salam semua kepada peminat blog saya ni la ..... (kalau ade yang minat la he...he...he....) ni satu lagi resepi saya nak kongsi kan bersama2 dengan kengkawan semua la ...... sebenar nye tadi lepas update blog resepi nasi ayam tadi ..... hari dah hampir kul 2.00 petang .... jadik saya pun solat zuhur dan terus tanya ngan housemate saya nak makan ape tengahari ni .... jadik dier pun kata masak simple2 je ... so dier kata ape kata kita masak ikan bawal masak tomato .... jadik saya pun kata ok gak ...... so kita orang ape lagi terus lah keluar .... mana lagi kalau tak ke Pasaraya HERO, Taman Dagang kat area rumah kita orang ..... beli lah ape yang patut ....balik dan terus ke dapur dan mula kan tugas masak-memasak ni .... jadik kepada sesiapa yang tak ade idea nak masak malam ni boleh cuba resepi saya ni yang begitu senang sekali ......


Ikan Bawal Masak Tomato

Bahan2nya:


1 ekor sederhana besar (bersihkan dan dikelar2 ok)
sedikit garam dan serbuk kunyit
gaulkan semuanya pada ikan

Bahan2 untuk dikisar:

2 ulas bawang merah
2ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
5 biji cili kering

Bahan2 perasa:

3 sudu besar tomato sos
2 sudu sos plum
2 sudu kecil
sedikit garam dan serbuk perasa
1 bawang besar dipotong bulat2
1/2 cawan kacang peas



Cara2nya:
  • Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan toskan.
  • Setelah itu tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing. Kemudian masukkan bahan perasa. Tumis kan lagi dan biarkan beberapa minit.
  • Masukkan pula bawang besar dan kacang peas tu lagi. Biarkan selama 5 minit.
  • Sekarang bolehlah diangkat dan dituangkan diatas ikan bawal itu tadi. Bolehlah dihiaskan mengikut citarasa anda.
  • SELAMAT MENCUBA.

Friday, June 11, 2010

Nasi Ayam Ala Kampung


..... Salam semua di pagi Sabtu ni .....bukan ape nak share lah menu makan malam, malam tadi .... hari Jumaat .... tengah2 drive, pas balik opis tetiba teringin plak lah nak makan nasi ayam .... nak beli mesti ramai nyer kat gerai ke atau warong nasi ayam kat area Kg. Pandan ni, maklumlah cuti sekolah ..... jadik hati ku pun berkata elokklah buat sendiri kenyang gak perut ni ..... maka dalam perjalanan balik dari opis tu terus lah ke Pasaraya HERO, Taman Dagang ..... belilah bahan2 ape yang patut sebab kat rumah pun dalam peti sejuk tu ada gak bahan2 lain ....jadik kalau sape2 berminat nak cuba nasi ayam saya ni ambik pen atau pensil (cam orang dulu2 lak) salin lah resepi dier kat bawah ni ..... senang, ringkas dan cepat je nak menyediakan nyer ......



Nasi Ayam Ala Kampung

..... Salam semua di pagi Sabtu ni .....bukan ape nak share lah menu makan malam, malam tadi .... hari Jumaat .... tengah2 drive, pas balik opis tetiba teringin plak lah nak makan nasi ayam .... nak beli mesti ramai nyer kat gerai ke atau warong nasi ayam kat area Kg. Pandan ni, maklumlah cuti sekolah ..... jadik hati ku pun berkata elokklah buat sendiri kenyang gak perut ni ..... maka dalam perjalanan balik dari opis tu terus lah ke Pasaraya HERO, Taman Dagang ..... belilah bahan2 ape yang patut sebab kat rumah pun dalam peti sejuk tu ada gak bahan2 lain ....jadik kalau sape2 berminat nak cuba nasi ayam saya ni ambik pen atau pensil (cam orang dulu2 lak) salin lah resepi dier kat bawah ni ..... senang, ringkas dan cepat je nak menyediakan nyer ......

Bahan2nya:

3 pot b
eras basmathi / kalau tak de beras biasa pun boleh (alah pot periuk nasi elektrik tu)
1 ekor ayam sederhana besar (bersihkan dan dipotong 12)
4 1/2 pot air rebusan ayam
1 helai daun pandan


Bahan2 untuk dikisar (A):

4 ulas bawang merah (sederhana besar)
6 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai


Bahan2 perasa:

garam
serbuk perasa
sos tiram pedas (guna jenama ADABI)
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam



Bahan2 untuk sos (semua ditumuk lumat):

3 biji cili merah
5 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah ikut rasa)
2 ulas bawang putih
1 1/2 sudu kecil gula
2 sudu kecil air perahan limau nipis
garam secukup rasa



Bahan2 untuk sos kicap (semua nyer dikasar sekali):

1 cawan kicap lemak manis
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
sedikit garam
2 sudu kecil perahan air limau nipis



Bahan2 hiasan:

Salad, timun, tomato dan daun sup/daun bawang
(semuanya dihiris)


Cara2 nya:
  • Ambil ayam tadi dan masukkan kedalam periuk kemudian masukkan air mengikut paras ayam yang ada dalam periuk itu. Masukkan pula 4 sudu besar bahan kisar (A) tadi. Masukkan juga serbuk perasa dan garam. Rebus selama 20 minit.
  • Setelah 20 minit, keluarkan ayam tadi dan toskan.
  • Gaulkan ayam tadi dengan 2 sudu besar sos tiram pedas dan sedikit serbuk lada hitam.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak nye.

Untuk nasi ayam:
  • Bersihkan beras tadi. Masukkan kedalam periuk elektrik (cepat sikit dier masak). Masukkan air rebusan ayam dan 2 sudu besar bahan kisar (A) tadi, sedikit garam, serbuk perasa, sedikit serbuk kunyit serta sehelai daun pandan.
  • Masaklah sehingga nasi tu masak.

Untuk sup dier:
  • Lebihan air rebusan ayam tadi tu masaklah lagi sehingga mendidih.
  • Angkat dan taburkan daun sup/daun bawang tadi yang dihiris halus serta bawang goreng. Boleh lah dihidangkan.

Cara menghidangnya bolehlah mengikut gambar diatas atau mengikut citarasa anda semua.
....... SELAMAT MENCUBA .......



Tuesday, June 8, 2010

Rendang Ayam

....... ni lah hidangan lengkap Rendang Ayam Ringkas dengan nasi putih serta sayur taugeh goreng .....


Rendang Ayam Ringkas

..... Semalam lepas balik opis tak tahu nak makan ape malam tadi ..... tetiba teringin lak nak makan rendang ayam ..... jadik terus lah pergi pasaraya HERO Taman Dagang ..... beli ayam sikit, daun kunyit, serai dan taugeh nak wat sayur ringkas je wat makan malam ..... Sampai je kat rumah cili kering kisar ade dan bahan2 lain yang di kisar ade dalam peti sejuk .... terus lah wat rendang ayam .... mudah dan ringkas je .....so kalau nak cuba leh lah ambik resepi kat bawah ni ye .... sebenarnya ni rendang orang PERAK jadi mudah dan ringkas nak masaknya ....cuba jangan tak cuba tau .....

Bahan2nya:

1/2 ekor ayam (yang sederhana besar, dibersihkan dan dipotong kecil)
1 biji kelapa (jadikan 1 mangkuk santan pekat)
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 sudu kecil gula


Bahan2 dikisar halus (basah):

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai
10 biji cili kering (kalau suka pedas boleh tambah lagi)


Bahan2 dikisar halus (kering):

1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih


Bahan2 dihiris halus:

1 batang serai
2 helai daun kunyit

Cara2nya:
  • Sedia kuali. Masukkan ayam, santan, serai, daun kunyit, kerisek, garam, serbuk perasa, gula serta semua bahan2 kisar basah dan kering kedalam kuali.
  • Biarkan mendidih dan dikacau ok. Api dapur biarlah sederhana.
  • Setelah agak pekat kuahnya, masukkan asam keping tadi. Dan masaklah sehingga agak kering sedikit. Rendang ayam ini bagus sebab dia tidak terlampau berminyak sangat.
  • Rendang ayam ringkas ini juga bukan saja boleh dimakan dengan nasi putih tapi boleh juga dimakan dengan ketupat ataupun dengan lemang di pagi Hari Raya.
  • Selamat mencuba ......

Tuesday, June 1, 2010

Jalan-jalan Cari Makan Kat Central Market (23.05.2010)

...... Hiasan dalaman kat dalam The Malay Tea Cafe.....kat dalam CM tu la ......cozy dan ok lah sesekali nak minum2 rehat2kan badan nak rasa teh dier sedap gak ......


...... Ni dier ...... teh ais (aku order) dan air teh blueberry panassss (housemate aku nak rasa sangat rasa) ....... ok lah .... cafe ala2 style tradisional melayu ..... ok gak la .....


...... Ni ..... housemate aku tengah tengok2 menu nak makan ape agak nyer tu yer ..... ala petang2 ni ambik je ....janji tekak tak
kering .......


...... Hah ni dier roti jala .....ok la tapi harga dier leh tahan gak ..... 4 keping roti jala dan kari ayam dier.....kalau tekak aku ni ok lah ....housemate aku yang order .... aku lah order roti bakar serunding daging ....ok gak tapi dier punye halege aiiyooooo ada mahai sikit loh...... tapi gambar dier tak sempat nak snap sebab kodak dah habis ... eehhh pakai kodak lagi ke .... gurau je ....