Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Sunday, April 18, 2010

Carrot's Cakes

Carrot Cake


....... Kek Carrot yang aku buat ..... member housemate aku tempah nak buat untuk bertunang dan besday nenek dier ..... he ...he...he...


Ni lah dier .... Carrot Cake (Hantaran Pertunangan member aku) ...... kalau ade sesiapa nak tempah hubungi lah aku ok.......

...... hai kengkawan semua, ni kat atas tu semuanye Kek Karot yang aku buat, ditempah oleh kengkawan housemate aku untuk dibuat besday kek dan satu lagi tu hantaran pertunangan ..... penat gak nak buat kek tu .....tapi hasilnye lumayan ..... tapi kalau ade sesiapa nak tempah bolehlah hubungi aku tapi kalau ade yang berminat nak buat sendiri bolehlah ambil resepi dier kat bawah ni ...... kek ni kalau nak tahu rasanyer sebiji macam rasa kek karot "SECRET RECIPE" .... tapi kalau sesiapa nak cuba buat kek ni sendiri .... jadik kat bawah ni ada cara nak buatnye ..... cuba tau jangan tak cuba ...... nanti beri komen dia kat saya ok ........

Bahan2nya untuk kek:

250 gm mentega

200 gm gula perang
5 biji telur (Gred A)

300 gm mangkuk tepung gandum
3 cawan karot (diparut kasar)
1 cawan kacang badam ( dikisar kasar2)
..... kalau tak da kacang tu, kacang tanah pun boleh .....
2 sudu kecil soda baikarbonat

2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan mix fruits
sedikit esen vanila


Bahan2 untuk Krim Keju (Cream Cheese):

500 gm cream cheese ( kalau boleh jenama Philadelphia Cream Cheese)
250 gm mentega
3 sudu besar gula aising

Cara2 membuat krim:
Satukan dan putar semua bahan2 diatas dalam mixer sehingga kembang (putih). Setelah itu boleh disapukan pada kek tadi.

Cara2 membuat kek:

  • Panaskan ketuhar anda dahulu dengan suhu 175'C. (Kepanasan ini mengikut ketuhar masing2 ok)
  • Putarkan mentega dan gula dalam mixer sehingga kembang (putih).
  • Kemudian ayak baking powder dan soda baikarbonat bersama tepung gandum.
  • Setelah semuanya sebati masukkan pula telur dan tepung gandum berselang seli. Putar lagi. Kemudian masukkan telur dan tepung lagi sehingga habis dan kacau lagi sehingga sebati. Setelah sebati masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  • Setelah itu masukkan karot yang diparut tadi, kacang badam dan kismis dan kacau sehingga semua tergaul rata.
  • Sediakan loyang 4 segi berukuran 8"x8". Alas loyang anda dengan kertas minyak. (Alas tapak dan dinding loyang supaya kek senang dikeluarkan selepas masak).
  • Setelah itu masukkan adunan kek tadi kedalam loyang dan bakar selama 45 minit hingga 1 jam. Setelah 45 minit keluar kek dan ambil lidi sate, cucuk ditengah kek. Kalau semasa menarik lidi sate itu tadi adunan kek masih melekat lagi pada lidi bakar lagi selama 15 minit. Setelah 15 minit cucuk lagi tengah kek tu kalau adunannye tak melekat lagi pada lidi, boleh lah dikeluarkan dan disejukkan untuk disapukan krim keju tadi. Keluarkan dari loyang dan sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.
Cara menyapukan krim keju tadi pada kek:

Letakkan kek karot diatas pinggan. Ambil kek tadi dibelah dua dijadikan 2 lapisan. Jadi kita akan dapat 2 lapisan kek. Setelah itu sapukan krim tadi pada satu lapisan kek tadi dan ratakan. Ambil satu lapisan kek tadi dan letakkan diatas kek yang disapukan krim tadi. Setelah itu habiskan krim tadi dengan menyapu semua krim itu di sekeliling dan diatas kek tadi. Hiaslah mengikut citarasa anda semua.
Setelah itu masukkan kedalam peti sejuk selama 20 minit. Selepas 20 minit bolehlah dipotong dan dihidangkan mengikut citarasa anda semua.
Selamat mencuba .........

Thursday, April 1, 2010

Mee Hoon Goreng Bujang

Mee Hoon Goreng Taruna

Tu lah malam tadi teringin sangat nak makan mee hoon goreng so saya tengok ape yang ade dalam........ peti sejuk ....... terus ambik bahan2 yang ada .... maka jadik lah
"Mee Hoon Goreng Bujang ........."
........ hah kalau sudi nak mencuba resepi nyer kat bawah ni .......


Bahan2nya:
2 keping mee hoon (direndam dengan air selama 1/2 jam dan setelah itu toskan)
1 cawan udang hidup (sederhana besar)
1 cawan isi ayam
2 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis2)
1 pokok daun bawang (dihiris halus untuk ditabur atas mee hoon)
1 cawan taugeh
4 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 cawan udang kering

Bahan2 perasa:
1/2 sudu kecil garam (ikut rasa ye ... kalu suka masin boleh tambah lagi ...)
1/2 sudu kecil serbuk perasa
2 sudu besar sos cili

Cara2nya:
  • Panaskan minyak. Setelah panas masukkan bahan2 kisar tadi dan tumis sehingga garing ok .......
  • Setelah garing masukkan ayam dan udang tadi ...tumis lagi selama 5 minit .....
  • Kemudian masukkan pulak semua bahan perasa tadi ......tumis lagi 5 minit dan rasa lah sikit kalau tak cukup boleh lah tambah ikut rasa masing2 ok ......
  • Masukkan pulak mee hoon tadi dan kacau rata sampai sebati .... biarlah dalam 5 minit lagi .....
  • Akhir sekali masukkanlah taugeh dan tauhu tadi gaullah hingga sebati dan bolehlah dihidangkan. Taburkan lah daun bawang yang dihiris tadi .......
  • Selamat mencuba .......ok.......