Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Thursday, June 24, 2010

Nasi Lemak Sambal Bilis

Nasi Lemak Sambal Bilis

Salam sejahtera semua nyer dipagi Jumaat yang yang barakah ni ...... ni sebenar nyer resipi malam tadi ..... teringin lah pulak makan nasi lemak biasa2 je .... nak beli kat luar sekarang ni mahal gak tau nasi lemak kat area Kg. Pandan ni .....jadik saya pun bukak lah peti sejuk tengok2 ape2 yang ade dalam peti sejuk tu .... jadik semua nyer ade ape lagi jadi lah nasi lemak sambal bilis tu ...... nak resipi ke ...kalau nak kat bawah ni ok ....Selamat mencuba ......

Bahan2 nasi lemak:

2 pot beras (bersihkan dan ditoskan)
3 pot santan pekat (dari sebiji kelapa)
1 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 helai daun pandan
garam secukup rasa


Cara2nya:

  • Masukkan semua bahan2 tersebut kedalam periuk nasi elektrik.
  • Masaklah seperti masak nasi seperti biasa je ....


Bahan2 untuk sambal bilis:

1 cawan ikan bilis

Bahan2 dikisar:

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
15 biji cili kering

3 sudu besar untuk menumis
sedikit garam, sedikit serbuk perasa, 2 sudu kecil gula dan 2 sudu besar air asam jawa.

Cara2 memasaknya:
  • Pijarkan minyak dan tumis semua bahan2 kisar tadi sehingga garing.
  • Setelah garing masukkan garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa.
  • Biarkan selama 5 minit. Kemudian masukkan ikan bilis dan masaklah sehingga pekat dan boleh lah dihidankan dengan nasi lemak.

Cara menghidangkan nasi lemak ini boleh lah mengikut citarasa masing2 ..... boleh lah ditambahkan dengan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun, telur goreng dan sebagai nya.... Selamat mencuba .........



No comments:

Post a Comment