Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Monday, June 14, 2010

Buku Baru "HERBA WARISAN 1001 RAHSIA"

...... Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku ni dan salam hari Isnin ..... coretan aku hari ni bukan apa sambil2 buat kerja dan cari bahan kat internet tu terjumpalah pulak satu artikel ni dimana Perpustakaan Negara ada mempromosikan satu buku yang bertajuk "HERBA WARISAN 1001 RAHSIA" dan aku rasa buku ni bagus untuk semua ....... jadik tidak salah kalau kita semua memiliki buku ni dan buku ini ade terjual di semua toko2 buku terkemuka diseluruh negara dan kepada sesiapa yang tidak mampu bolehlah meminjam buku2 tersebut di perpustakaan yang terdekat ditempat tinggal saudara .... dan aku pun yang bertugas di salah sebuah kolej swasta di kotaraya KL ni akan mencadangkan supaya jabatan aku membeli buku tersebut untuk rujukan pengguna2 di kolej aku ..... jadik kepada semua yang nak ketahui buku ni lebih lanjut bolehlah membaca sinopsis buku ni dibawah ni .... Selamat membaca .....


Herba Warisan 1001 Rahsia

HERBA WARISAN 1001 RAHSIA

HERBA WARISAN 1001 RAHSIA
muka depan
muka belakang

Buku ini memaparkan tentang kelebihan dan keistimewaan tumbuhan herba yang terdapat di alam ini hasil pengumpulan maklumat bersempena dengan pameran mengenai tumbuhan herba yang telah diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia dari 7 Julai hingga 20 Ogos 2007. Tumbuhan herba yang secara amnya merujuk kepada semua jenis tumbuhan yang mana-mana bahagiannya termasuk daun, batang, buah, kulit batang, akar, rizom ataupun bunga, mempunyai pelbagai kegunaan terutama dalam bidang perubatan dan rempah ratus dalam masakan. Kini tumbuhan herba menjadi semakin penting sebagai sumber biodiversiti yang berupaya menyumbang dalam meningkatkan industri bioteknologi. Buku ini sesuai untuk bacaan para penyelidik, pelajar, penulis dan masyarakat umum pelbagai peringkat.


Muka surat
:
111 muka surat



Tahun terbitan
:
2008



Harga senaskah
:
RM34.00



ISBN No.
:

978-967-931-221-8






1 comment:

  1. salam.. di mana saya boleh dapatkan buku ini?

    ReplyDelete