Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Wednesday, December 22, 2010

Award lagi ..... dari Qira d'Dapur ......



....... assalamualaikum kepada semua pembaca blog lebih2 lagi kepada qira dari "qira d'dapur" ..... kerana sudi memberi kan lagi awad kepada khai ..... blog khai ni pun tak lah sehebat blog2 masakan dari blogger2 yang tersohor tu tapi sekadar nak mencari resepi2 yang mudah dan ringkas tu boleh lah ambik je kat blog khai ni ..... dan diucapkan tahniah juga pada penerima award yang lain yang diberikan oleh qira ...... diharapkan kita semua akn maju lagi didalam dunia maya blog ni dan diharap juga blog ni dapat menyatukan kita semua di dunia maya yang moden dan canggih ni ...... dan tag lah leh lah baca tagged khai semalam ok ...... wasalam ......

Tuesday, December 21, 2010

Nak ambik "AWARD" dan nak jawab tag .... Alam Sari ........



....... assalamualaikum semua pembaca blog setia khai ..... lebih2 lagi dari sari yusa dari blog ALAM SARI .... terimakasih beri award kat khai.... blog khai ni tak lah berapa cantik dan menarik sangat tapi banyka info kalau sesiapa yang sudi membaca ... tapi suke gak dapat award ni .... sama i likeeeeeee ..... tapi tu lah nak jawab tag tu tak berapa pandai sangat ..... jadi kalau jawapan nyer tak memuaskan mintak maaf lah ye bebanyak yer .... so wat sari yusa terimakasih daun keladi .... next time kalau boleh bagi lah award lagi ....he...he...he... jadik kat bawah ni khai akan jawab semua tag yang diberi ok .......


Soalan pertama: Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda?

Jawapannyer: Sejak sekolah lagi di Form 3 ....... masakan pertama yang saya masak mihun goreng .... masa tu tengok pelajar2 perempuan belajar SRT (Sains Rumah Tangga) so tu yang minat nak memasak tu.......


Soalan kedua: Siapa yang menggalakkan anda memasak?

Jawapannyer: Tak sesiapa yang menggalakkan ..... cuma diri khai sendiri yang suke bidang masakan ni .....


Soalan ketiga: Masakan yang paling anda suka dan digemari orang-orang kesayangan anda...

Jawapannyer: Kek Karrot dan selalu ditempah oleh kakitangan kat opis khai ....lebih2 lagi pada "KAK Yohana" ........


Yang keempat, kena tag 5 orang blogger yang sering berkunjung ke blog anda:

Jawapannyer: "yatie" dari blog "SINAR KEHIDUPAN"

"maz" dari blog "ILHAM DAPUR"

"inahar ali" dari blog "INAHAR'S COOKING TIME"

"a n a s t a s y e a" dari blog "www.anastasyea.com"

"dj dayang" dari blog "DAPURKU SAYANG"



...... so tu je lah ye .... tapi ape2 pun sekali lagi terimakasih kat sari yusa ....kerana sudi kasi award kat khai .....



Thursday, December 16, 2010

10 Muharam ..... Hari Asyura

....... bubur asyura ...... versi pantai timur malaysia ........ (gambar sumber dari google) .......


....... bubur asyura ....... versi kampung khai dan versi selatan malaysia ....... (gambar sumber dari google) .....


......... bubur asyura ....... versi utara malaysia ....... (gambar sumber dari google) ......


........ assalamualaikum semua kepada semua pembaca setia blog khai ni kalau ade ...... ok hari ni lak khai nak kongsi pasal "10 muharram" ni ...... ok ade yang ingat hari ape hari ni dalam takwim islam kita ...... hah ada tak yang buat puasa sunat hari ni ..... kalau ada bagus lah kalau tak buat pun tak berdosa tapi kalau buat lagi dapat pahala yer ...... dan ramai jugak hari ni yang bergotong-royong ...... membuat aper dier tuan2 dan puan2 ...... yer "bubur asyura" ...... tak kisah dimana saja dikampung2, ditaman2 dan disurau2 sekarang ni mesti ramai sedang menyiapkan "bubur asyura" ...... jadik kat malaysia ni negeri dan setiap negeri tu ada bermacam2 versi "bubur asyura" nyer ..... ade yang manis, ade yang pedas, ada yang boleh dipotong, ada yang boleh dimakan macam bubur lambuk tu ..... jadik banyak versi nyer dan kat atas tu khai dah letakkan beberapa keping gambar "bubur asyura" versi negeri2 di malaysia ni untuk tatapan semua pembaca blog .... dan khai harap sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang peristiwa yang berlaku pada 10 muharam (hari asyura) ni bolehlah klik "kat sini" .......ok ....... wasalam ......


Tuesday, December 14, 2010

Tema Hi-Tea "Padang Pasir" ..........

........ nak pakai cam ni ke ........ ketua penjahat zaman "aladdin" ...........


.......... atau pakai pakaian pembantu "aladdin" .........


.......... atau pakaian seperti maharaja "aladdin" ..........


......... atau pakaian cam ni pakaian "aladdin" ..........


...... assalamualaikum semua ...... hari ni lak khai pening dan tink tonk sikit kepala ni sebab minggu depan ada hi-tea sempena majlis anugerah kecemerlangan kerja di pejabat khai dan majlis ni lak akan berlangsung di hotel seri pan pacific kuala lumpur ....... dan khai kat sini nak mintak pendapat lah pada semua blogger yang membaca blog khai apekah pakaian yang sesuai khai pakai masa majlis tersebut yang bertemakan "padang pasir" ....... atau sesiapa yang tahu dimana khai boleh menyewa pakaian seperti di atas di sekitar kuala lumpur ...... khai jugak akan menjadi penyambut tetamu vvip dan akan membuat persembahan gak di majlis tu nanti ...... jadik kepada sesiapa yang sudi memberi pendapat sila lah komen di blog khai ni supaya khai boleh jadikan panduan untuk majlis tu nanti ...... terima kasih semua ......


Monday, December 13, 2010

Sambal Goreng Telur Pengantin

.......... sambal goreng telur pengantin ............



....... assalamualaikum semua ....... haaaa hari ni khai nak kongsi lagi satu resepi yang ringkas dan mudah ...... ye lah ni musim2 cuti sekolah dan ramai gak kita dapat jemputan perkahwinan betul tak ..... cam khai ni bujang banyak gak jemputan perkahwinan yang khai dapat ...... dari jiran2 apartment tempat khai tinggal tu ..... member h/mate khai, si noel tu pun kawan khai jugak ..... dapat gak jemputan sedara2 ...... jadik nampak nyer banyak lah dapat buah tangan terutama nyer telur rebus ...... jadik ape lagi nak tak nak kena lah makan jugak ..... so dari kena buang tak makan ..... khai pun buat lah sambal nak buat makan malam ...... jadi kepada sesiapa yang berminat nak salin resepi dier ..... ambik je kat bawah ni ......

Bahan2nyer:

5 biji telur rebus (buang kulit nyer .....yer......)
2 sudu besar sos thai
1 sudu besar sos cili
sedikit gula
sedikit garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan2 kisar:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
6 biji cili kering (kalau tak pedas boleh tambah lagi)
1 batang serai
minyak untuk menumis


Cara2nyer:

Pijarkan minyak. Goreng telur sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknyer.
Keluarkan sedikit minyak tadi dan tumiskan semua bahan2 kisar tadi sehingga garing. Setelah garing masukkan sos thai, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi dalam 2 minit.
Masukkan telur goreng tadi serta kacau sehingga sebati.
Padamkan api, angkat dan boleh lah dihidangkan.
Selamat mencuba .......

Sunday, December 12, 2010

Ketam Masak Lemak Cili Api Ala Mamak

........ ketam masak lemak cili api ala mamak .........



...... assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog khai yang setia ....... hari khai nak kongsi satu lagi resepi untuk makan tengahari di hujung minggu ni ...... resepi nyer mudah je ..... ketam masak lemak cili api ala mamak ...... ok sebab ape khai nama dier alam mamak sebab semua bahan utama nyer digoreng dahulu baru dimasukkan didalam makan ini ...... jadik jangan kita berbual panjang ...... ape lagi ambil kertas ..... jom salin resepi dier kat bawah ni ok ........


Bahan2nyer:

2 ekor ketam sederhana besar (dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa sendiri)
10 batang kacang bungcis (dibersihkan dan dipotong pendek2)
15 biji cili padi (ditumbuk)
2 batang serai (dititik)
2 cawan santan pekat
sedikit garam dan serbuk perasa
sedikit minyak untuk menumis


Bahan2 yang dihiris halus:

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang puteh
1 inci halia


Cara2nyer:

Masukkan ketam, santan, cili padi, garam dan serbuk perasa kedalam periuk dan letakkan diatas dapur.
Masakkan bahan2 tadi sehingga mendidih dengan api dapur yang sederhana besar. Setelah itu masukkan kacang bungcis.
Sementara tu panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan semua bahan2 yang dihiriskan serta serai sehingga garing.
Setelah bahan2 garing seterusnya masukkan bahan2 tumis tersebut kedalam periuk masak lemak ketam tadi. Tutupkan api dan boleh lah dihidangkan.
Selamat mencuba ........


Saturday, December 11, 2010

Selamat Pengantin Baru ....... Siti Zainora & Hadri

......... ni lah dier anak saudara khai ...... siti zainora ...... cantik tak? ..... cantik kannnn ......


....... ni plak pelamin dier ....... tema hijau putih gituuuuu ...... ada kelassssss ........


....... ni lak bapa saudara khai dan isteri serta sepupu2 khai .......


....... ni pengantin perempuan tengah menunggu pengantin lelaki datang ........


........ perarakan pengantin .........


........ persembahan silat melayu ...... yang tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan .......


......... kedua2 mempelai sedang asyik menyaksikan persembahan silat pengantin .........


........ persandingan kedua2 mempelai di atas pelamin yang indah .........


....... bagai pinang dibelah dua ........


......... mak saudara khai bersama2 anak2 buah dan cucu2 saudara khai .......


........ santapan raja sehari bersama2 keluarga dari pihak mempelai lelaki .........


....... jelingan manja dari kedua2 mempelai .......


....... kedua2 mempelai sedang asyik menjamu selera dengan santapan raja sehari .........


....... tu dier makan beradap kedua2 mempelai ........


....... bapa saudara (pak ali) serta mak saudara khai ......... yop (zul) serta kak ammna (bapa/ibu pengantin perempuan) ......


....... kek pengantin ........


....... kek pengantin ....... tema hijau putih lagi ..........


.......... acara potong kek pengantin ..........


.......... sama cantik sama padan .........


...... assalamualaikum sekali lagi kepada semua pembaca2 blog ....... harap ade lah yang sudi nak membaca coretan2 khai di halaman blog khai ni ....... hari ini lak khai nak kongsi satu majlis perkahwinan anak saudara ..... sebenar nyer ni anak sepupu khai zul (yop) anak kak long arwah mak khai ..... eeehhhhh panjang lah plak nak cite yer ....... perkahwinan ni berlangsung di kampung lapan, melaka ....... sebenar nyer kalau ikut kan khai ada hal lain hari tu tapi memikirkan ni saudara rapat dan serapat2nyer sebelah arwah mak khai jadik kena khai pergi wakil dari arwah mak ...... pastu rasa gembira ada, sedih pun ada, teringat kisah2 lama pun ada bila dah berkumpul adek beradek ...... ni pun khai pergi atas desakan h/mate khai tu ..... noel ..... kalau tak de dier khai mungkin tak gi jugak ....... meriah sungguh perkahwinan ni yang bertemakan hijau putih ........

...... di majlis tu juga khai dapat lah bertemu sanak saudara khai yang dah lama khai tak ketemui semenjak pergi nyer arwah mak khai ...... dapat berpeluang berjumpe sepupu2 yang ramai dan cucu2 saudara khai ...kira nyer khai ni dah berpangkat datuk lah jugak ...... dan dapat jugak menjalinkan silatullrahim yang telah lama terpisah .... sedih dan sayu lah plak ...... tapi khai harap dipertemuan ni jugak dapat lah merapatkan semula hubungan khai dengan keluarga2 khai disebelah arwah mak khai ....... jadi tu lah saje coretan khai kali ni ..... pak cik harap siti dan suami akan kekalkan perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat ...... aminnnnn ...... jadik tu jelah coretan khai buat hari ini ........

Thursday, December 9, 2010

Macaroni Goreng Rona Roni

........ macaroni goreng .........




........... assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog khaisedap-sedapan yer ....... maaflah yer ...... khai dah lama tak masukkan n3 masakan so hari ni khai masukkan satu jenis masakkan yang berasaskan pasta iaitu macaroni goreng rona roni ...... hah sebab ape khai namakan cam tu ..... sebab nyer khai suka sangat tengok drama bersiri rona roni macaroni tu .... jadik tu lah sebab nyer khai namakan masakan ni macaroni goreng rona roni ...... ni khai masak wat makan malam je ...... senang je nak masaknyer ..... sebab khai wat cam tu supaya kalau ada blogger2 yang nak wat masakkan ni untuk anak2 pun boleh ..... jadi ape lagi jom tengok resepi dier kat bawah ni ......


Bahan2nyer:

1 paket makaroni (ape2 jenama pun boleh ........ rebus sehingga kembang dalam 10 minit tapi jangan lembik sangat)
1 keping dada ayam (dipotong kecil2)
1 mangkuk kecil udang yang sederhana besar (bersihkan serta buang kulit kepalanyer sekali dan dipotong tengah belakang udang tu)
1 mangkuk kecil kacang peas
1 mangkuk kecil kobis (yang dihiris halus)
2 sudu besar cili sos
1 tin kecil paste tomota (KIMBALL)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit gula
minyak untuk menumis

Bahan2 yang dikisar:

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering

Cara2nyer:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 kisar tadi sehingga garing. Setelah garing, masukkan ayam dan biarkan ia empuk seketika.
Setelah empuk masukkan pula udang, paste tomato, sos cili, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan lagi 2 minit.
Kemudian masukkan pasta makaroni tadi serta kacang peas dan kobis. Kacau hingga sebati dan biarkan dalam 2 minit lagi.
Selepas itu padamkan api dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba ........


Tuesday, December 7, 2010

Taman Santai Strawberry, Genting Highland ......

.......... rumah tradisional melayu yang dijadikan pejabat di taman santai strawberry ..........


........... hiasan bunga2 yang segar di kawasan pintu masuk taman tersebut ..........


....... buah2 strawberry yang segar serta masak ranum dan merah menyala ..........


........ pokok2 strawberry yang menghijau di taman tersebut .........


....... khai dan member khai, use dari shah alam, berposing sakan di tepi taman strawberry .......


......... h/mate khai, noel dan member dier dari jb, harry .......


.......... bunga2an yang segar ..........


.......... bunga daisy yang segar bugar ...........


........ bunga2 segar .........


.......... bunga2an inggeris pun ade juga disitu .........

.......... pintu masuk ke taman santai strawberry genting ............

....... assalamialaikum semua ........ ari ni lak tak de resepi tapi khai nak kongsi satu tempat yang khai sendiri tak tahu tempat ni ada berdekatan dengan kuala lumpur ....... taman santai strawberry genting ....... lokasi nyer bersebelahan hotel seri malaysia genting ....... ingatkan kat cameron highland je ada strawberry park tapi kat genting pun ada jugak ...... khai kesana pun disebabkan member khai si use tu keja ngan syarikat perlancungan ....... jadik dier pun dah biasa kat situ so ape lagi khai n da gang pun ape lagi ikut je lah ....... alah ni pun sebab cuti awal muharam petang tu tak tahu nak wat ape ..... jadik masuk percuma ...... boleh petik strawberry sendiri tapi pas tu kena beli lah ...... ada taman dimana bunga2 segar ade kat situ ....... ade kedai cenderahati ...... ade food court .... jadik macam2 lah ade kat situ ...... kat atas tu ade beberapa keping gambar yang khai sempat snap kat taman tersebut ...... cuti2 cam ni elok bawak anak2 kesana ok ..... ok tu je lah coretan dari khai .......wasalam ......