Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Wednesday, June 23, 2010

Sardin Masak Sambal

Sardin Masak Sambal


Assalamualaikum dan salam pagi Rabu semua ....... maaflah ya lama tak masuk blog jadik ni lah baru masuk balik...... ni bukan ape semalam lepas balik opis gak la ...... tak tahu lah nak makan ape jadik pikir punya pikir teringat lah kat umah ada sardin jadik dah lama tak masak sardin malam tu aku ngan housemate aku dinner lauk sardin lah ...... tapi ade lah sikit sayur ...... sawi goreng ngan telur dadar so ape lagi makan tak ingat dunia lah ...... jadik kalau ade sesiapa nak cuba resipi sardin aku ni ambil lah kat bawah ni ....... cuba tau ......

Bahan2nya:

1 tin besar sardin (ape2 jenama pun boleh)


Bahan2 untuk ditumbuk:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
5 biji cili kering


Bahan2 perasa:

1/2 sudu kecil
2 sudu besar air asam jawa
sedikit serbuk perasa dan gula


Bahan2 untuk hiasan:

1 biji bawang besar (dipotong bulat2)
1 biji cili merah (dihiris2)
5 biji cili padi (dihiris2)


Cara memasaknya:

  • Pijarkan minyak sebanyak 3 sudu besar. Setelah itu tumiskan bahan2 tumbuk tadi sehingga garing. Kemudian itu terus masukkan 1 tin sardin tadi.
  • Biarkan mendidih selama 5 minit. Masukkan pula bahan2 perasa pulak. Biarkan lagi selama 3 minit dan mendidih seketika.
  • Akhir sekali masukkan semua bahan2 hiasan tadi dan biarkan 2 minit lagi. Setelah nampak bahan2 hiasan tadi agak layu sedikit bolehlah diangkat dan terus dihidangkan bersama nasi putih atau dimakan dengan roti.
  • Cuba jangan tak cuba serta ringkas sekali.

No comments:

Post a Comment