Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Friday, June 11, 2010

Nasi Ayam Ala Kampung

..... Salam semua di pagi Sabtu ni .....bukan ape nak share lah menu makan malam, malam tadi .... hari Jumaat .... tengah2 drive, pas balik opis tetiba teringin plak lah nak makan nasi ayam .... nak beli mesti ramai nyer kat gerai ke atau warong nasi ayam kat area Kg. Pandan ni, maklumlah cuti sekolah ..... jadik hati ku pun berkata elokklah buat sendiri kenyang gak perut ni ..... maka dalam perjalanan balik dari opis tu terus lah ke Pasaraya HERO, Taman Dagang ..... belilah bahan2 ape yang patut sebab kat rumah pun dalam peti sejuk tu ada gak bahan2 lain ....jadik kalau sape2 berminat nak cuba nasi ayam saya ni ambik pen atau pensil (cam orang dulu2 lak) salin lah resepi dier kat bawah ni ..... senang, ringkas dan cepat je nak menyediakan nyer ......

Bahan2nya:

3 pot b
eras basmathi / kalau tak de beras biasa pun boleh (alah pot periuk nasi elektrik tu)
1 ekor ayam sederhana besar (bersihkan dan dipotong 12)
4 1/2 pot air rebusan ayam
1 helai daun pandan

Bahan2 untuk dikisar (A):

4 ulas bawang merah (sederhana besar)
6 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai

Bahan2 perasa:

garam
serbuk perasa
sos tiram pedas (guna jenama ADABI)
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam

Bahan2 untuk sos (semua ditumuk lumat):

3 biji cili merah
5 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah ikut rasa)
2 ulas bawang putih
1 1/2 sudu kecil gula
2 sudu kecil air perahan limau nipis
garam secukup rasa

Bahan2 untuk sos kicap (semua nyer dikasar sekali):

1 cawan kicap lemak manis
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
sedikit garam
2 sudu kecil perahan air limau nipis

Bahan2 hiasan:

Salad, timun, tomato dan daun sup/daun bawang
(semuanya dihiris)

Cara2 nya:
  • Ambil ayam tadi dan masukkan kedalam periuk kemudian masukkan air mengikut paras ayam yang ada dalam periuk itu. Masukkan pula 4 sudu besar bahan kisar (A) tadi. Masukkan juga serbuk perasa dan garam. Rebus selama 20 minit.
  • Setelah 20 minit, keluarkan ayam tadi dan toskan.
  • Gaulkan ayam tadi dengan 2 sudu besar sos tiram pedas dan sedikit serbuk lada hitam.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak nye.

Untuk nasi ayam:
  • Bersihkan beras tadi. Masukkan kedalam periuk elektrik (cepat sikit dier masak). Masukkan air rebusan ayam dan 2 sudu besar bahan kisar (A) tadi, sedikit garam, serbuk perasa, sedikit serbuk kunyit serta sehelai daun pandan.
  • Masaklah sehingga nasi tu masak.

Untuk sup dier:
  • Lebihan air rebusan ayam tadi tu masaklah lagi sehingga mendidih.
  • Angkat dan taburkan daun sup/daun bawang tadi yang dihiris halus serta bawang goreng. Boleh lah dihidangkan.

Cara menghidangnya bolehlah mengikut gambar diatas atau mengikut citarasa anda semua.
....... SELAMAT MENCUBA .......

No comments:

Post a Comment