Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Saturday, June 12, 2010

Ikan Bawal Masak Tomato


...... Salam semua kepada peminat blog saya ni la ..... (kalau ade yang minat la he...he...he....) ni satu lagi resepi saya nak kongsi kan bersama2 dengan kengkawan semua la ...... sebenar nye tadi lepas update blog resepi nasi ayam tadi ..... hari dah hampir kul 2.00 petang .... jadik saya pun solat zuhur dan terus tanya ngan housemate saya nak makan ape tengahari ni .... jadik dier pun kata masak simple2 je ... so dier kata ape kata kita masak ikan bawal masak tomato .... jadik saya pun kata ok gak ...... so kita orang ape lagi terus lah keluar .... mana lagi kalau tak ke Pasaraya HERO, Taman Dagang kat area rumah kita orang ..... beli lah ape yang patut ....balik dan terus ke dapur dan mula kan tugas masak-memasak ni .... jadik kepada sesiapa yang tak ade idea nak masak malam ni boleh cuba resepi saya ni yang begitu senang sekali ......


Ikan Bawal Masak Tomato

Bahan2nya:


1 ekor sederhana besar (bersihkan dan dikelar2 ok)
sedikit garam dan serbuk kunyit
gaulkan semuanya pada ikan

Bahan2 untuk dikisar:

2 ulas bawang merah
2ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
5 biji cili kering

Bahan2 perasa:

3 sudu besar tomato sos
2 sudu sos plum
2 sudu kecil
sedikit garam dan serbuk perasa
1 bawang besar dipotong bulat2
1/2 cawan kacang peas



Cara2nya:
  • Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga garing. Angkat dan toskan.
  • Setelah itu tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing. Kemudian masukkan bahan perasa. Tumis kan lagi dan biarkan beberapa minit.
  • Masukkan pula bawang besar dan kacang peas tu lagi. Biarkan selama 5 minit.
  • Sekarang bolehlah diangkat dan dituangkan diatas ikan bawal itu tadi. Bolehlah dihiaskan mengikut citarasa anda.
  • SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment