Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Tuesday, June 8, 2010

Rendang Ayam

....... ni lah hidangan lengkap Rendang Ayam Ringkas dengan nasi putih serta sayur taugeh goreng .....


Rendang Ayam Ringkas

..... Semalam lepas balik opis tak tahu nak makan ape malam tadi ..... tetiba teringin lak nak makan rendang ayam ..... jadik terus lah pergi pasaraya HERO Taman Dagang ..... beli ayam sikit, daun kunyit, serai dan taugeh nak wat sayur ringkas je wat makan malam ..... Sampai je kat rumah cili kering kisar ade dan bahan2 lain yang di kisar ade dalam peti sejuk .... terus lah wat rendang ayam .... mudah dan ringkas je .....so kalau nak cuba leh lah ambik resepi kat bawah ni ye .... sebenarnya ni rendang orang PERAK jadi mudah dan ringkas nak masaknya ....cuba jangan tak cuba tau .....

Bahan2nya:

1/2 ekor ayam (yang sederhana besar, dibersihkan dan dipotong kecil)
1 biji kelapa (jadikan 1 mangkuk santan pekat)
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 sudu kecil gula


Bahan2 dikisar halus (basah):

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai
10 biji cili kering (kalau suka pedas boleh tambah lagi)


Bahan2 dikisar halus (kering):

1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih


Bahan2 dihiris halus:

1 batang serai
2 helai daun kunyit

Cara2nya:
  • Sedia kuali. Masukkan ayam, santan, serai, daun kunyit, kerisek, garam, serbuk perasa, gula serta semua bahan2 kisar basah dan kering kedalam kuali.
  • Biarkan mendidih dan dikacau ok. Api dapur biarlah sederhana.
  • Setelah agak pekat kuahnya, masukkan asam keping tadi. Dan masaklah sehingga agak kering sedikit. Rendang ayam ini bagus sebab dia tidak terlampau berminyak sangat.
  • Rendang ayam ringkas ini juga bukan saja boleh dimakan dengan nasi putih tapi boleh juga dimakan dengan ketupat ataupun dengan lemang di pagi Hari Raya.
  • Selamat mencuba ......

No comments:

Post a Comment