Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Friday, November 19, 2010

Ikan Merah Masak ala Acar

........ ikan merah masak ala acar .........




......... assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang tengah dok rehat2 pas kerja dan pas makan malam tu hah jengok2 lah blog khai ni dan malam ni lak resepi makan malam khai ialah ....... ikan merah masak ala acar ...... hah resepi ni mesti ramai yang dah tahu buat tapi mungkin nama resepi je yang berbeza ..... jadik masak nyer pun main campak2 je ..... senang je .... tapi masakan cam ni lah membuka selera kalau makan di waktu malam tu sebab .... ada masam2nyer ..... ada enak2nyer ..... heh.... heh .... heh ..... jadik kalau sesiapa yang berminat nak cuba resepi ni ambik kertas dan pen salin je atau terus print je dari sini bukan susah sangat ...... ok kat bawah ni resepi dier .....

Bahan2nyer:

1/2 kilo ikan merah (dipotong2 tapi jangan terlalu kecil, bersihkan, lumurkan garam dan kunyit serta goreng sehingga garing)
2 labu bawang besar (dipotong bulat2)
5 ulas bawang puteh (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
2 batang serai (dititik)
2 biji cili merah (dihiris2)
10 biji cili padi (dihiris2)
1/2 cawan air limau nipis (kalau suka cuka atau air asam jawa pun boleh)
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit gula
serbuk perasa secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2nyer:

Pijarkan minyak dalam kuali. Bila minyak panas masukkan serai, bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi. Tumis sehingga garing.
Setelah garing masukkan air limau nipis, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih seketika. Masukkan air dan kacau lagi dalam 2 minit.
Selepas itu masukkan ikan merah yang telah digoreng tadi dan biarkan lagi dalam 5 minit. Setelah kuah nampak agak pekat sedikit, tutupkan api dan boleh lah dihidangkan serta dihias mengikut kreativiti masing2. Selamat mencuba ......



Thursday, November 18, 2010

Sayur Campur Tumis Tauhu Telur

......... sayur campur tumis tauhu telur .........



........... assalamualaikum kepada semua pembaca blog khai yang setia ...... sekarang ni lak khai nak share lak 1 resepi lagi iaitu sayur campur tumis tauhu telur (ada orang panggil tauhu jepun) untuk dimakan dengan kari ikan merah ala mamak yang tadi yang khai masak untuk makan tengahari tadi ......so sape nak resepi dier just "klik je kat sini" ok ...... bukan malas nak taip kat sini tapi resepi nyer sama so klik je lah kat situ ok ....... resepinyer simple dah mudah ..... cuba lah .....


Kari Ikan Merah Ala Mamak

........ kari ikan merah ala mamak ........



........ assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog khai yang setia ....... jadik masih lagi ye ada yang bercuti lagi hari ye ....... so kepada yang bercuti tu selamat bercuti dan kepada yang dah bekerja pagi tadi tu selamat berkerja ye ...... jadi hari lak khai nak kongsi la 1 lagi resepi untuk makan tengahari tadi ..... asyik makan daging je ..... jadi hari ni khai masak ikan ye ..... h/mate khai nak makan kari ikan jadi khai masakkan untuk dier kari ikan merah ala mamak ..... jadi kepada sesiapa yang berminat nak cuba resepi ni ambil je dan salin kat bawah ni yer ..... mudah dan ringkas je ...... selamat mencuba .......

Bahan2nyer:

400 gm ikan merah *(kalau boleh beli yang sudah dipotong2 tu ok ...)
2 cawan santan pekat
2 sudu air asam jawa
sedikit serbuk perasa
sedikit gula
1/2 cawan minyak untuk menumis

Rempah campak:

1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
1 inci kulit kayu manis


Bahan2 yang dikisar:

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
1/2 inci halia
6 biji cili kering
1 batang serai
1 paket serbuk kari ikan "ADABI"

Bahan2 hiasan:

1/2 cawan karrot (dipotong kecil2)
1/2 cawan lada bengala hijau (dipotong dadu)
sedikit daun ketumbar

Cara2nyer:

Pijarkan minyak dalam periuk.
Setelah minyak panas, masukkan rempah campah dan tumiskan bahan2 yang dikisar tadi sehingga garing. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih.
Seterusnyer pula masukkan ikan dan biarkan seketika. Masukkan pula garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa. Biarkan lagi selama 10 minit lagi.
Akhir sekali masukkan pula karrot dan lada benggala tadi. Biarkan seketika.
Padamkan api dan bolehlah dihidangkan. Taburkan daun ketumbar diatas nyer.
Selamat mencuba.


Tuesday, November 16, 2010

Kek Karrot Aidil Adha

........ kek karrot aidil adha ......




........ assalamualaikum kepada semua para peminat blog khai yang setia ..... cheh konon yer .... ehhh tak la gurau je yer.... kalau ada yang selalu baca blog khai ni khai ucapkan terimakasih kepada anda semua ...... malam ni lak khai nak kongsi satu lagi kek karrot yang khai buat untuk hari raya aidil adha esok ...... jadi khai buat satu sebab khai ngan h/mate khai tak balik kampung sebab kita orang cuti sehari je ...... dan lagi esok hari raya ada gak member opis khai nak beraya kat rumah tu sebab khai buat satu ..... jadik tu je lah yer semua ..... tapi kalau ada nak resepi dier "klik je kat sini" ok .... khai nak sambung masak untuk raya esok ..... jadik nak tahu ape khai masak untuk esok ..... tunggu blog khai esok lak yer ....... byyyyeeee ..... wasalam .....


Monday, November 15, 2010

Tumis Kacang Panjang Dengan Tauhu Jepun

........ tumis kacang panjang dengan tauhu jepun ......




....... assalamualaikum dan selamat malam semua sekali lagi ..... ni lak khai nak kongsi satu resepi yang khai masak malam tadi dengan masakan ikan kerisi goreng sambal hijau tu ....... ni lak tumis kacang panjang dengan tauhu jepun ok ..... semua tahu tak ape dier tauhu jepun tu? ..... hah kepada yang tak tahu ni khai nak kasi tau lah ..... dan pada yang dah tahu tu dok diam2 ok ..... tauhu jepun tu adalah tauhu telur .... ala yang dijual dalam paket2 panjang tu .... kekadang kt luar nyer pun ade tulis cam bahasa jepun je .... tapi kalau tak pasti gak masa gi pasaraya tu tanya lah ngan pekerja kat pasar raya tu ape dier tauhu jepun tu ..... cubalah rasa tauhu tu ..... sedap tau ..... ok jadik kalau nak tahu cam ne nak masak sayur kacang panjang kat atas tu .... meh .... meh .. meh .... check resepi dier kat bawah ni .... mudah je ...... cuba ye ok .....

Bahan2nye:

3 paket tauhu jepun (tauhu telur)
15 batang kacang panjang (dibersihkan dan dipotong-potong sepanjang 1 inci)
1 batang karrot (dipotong bulat2)
1/2 cawan udang kering (ditumbuk kasar2)
1 cekak suhun (rendam dengan air sehingga lembut)
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
sedikit garam mengikut rasa
sedikit serbuk perasa


Bahan2 yang dikisar halus:

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering


Cara2nyer:

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak lebih kurang 2 cawan untuk menggoreng tauhu tadi. Kerat tauhu tu dengan plastiknye sekali dan baru boleh tauhu tu dikeluarkan dari karungnya. Selepas tu dipotong untuk mendapat 6 potongan untuk satu paket tauhu. Buat lagi cara yang sama untuk 2 paket tauhu yang lebih tu tadi.
Apabila minyak panas goreng tauhu tu tadi sehingga kekuningan. Kalau boleh masa menggoreng tauhu tu biarkan tauhu tu terendam sikit. Setelah agak garing boleh lah diangkat dan diketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Selepas tu tumis bahan2 yang dikisar dengan udang kering tadi. Biarkan dier garing. Setelah garing masukkan sos tiram, sos cili, garam dan serbuk perasa. Biarkan seketika.
Setelah agak2 nampak terbit minyak masukkan kacang panjang dan karrot tadi. Biarkan kacang panjang dan karrot tadi nampak layu sedikit. Setelah itu masukkan suhun yang direndam tadi dan tauhu jepun tadi. Gaulkan sehingga rata. Padamkan api dapur, angkat dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba .......



Ikan Kerisi Goreng Sambal Hijau

....... ikan kerisi goreng sambal hijau .......



...... assalamualaikum kepada semua peminat2 blog khai ni lah ye ..... ade ke khai ni peminat ye ..... ahhhhh tak kisah lah ..... tak de pun tak pe lah anggap je ada ok ..... tu lah nama nyer ss (syok sendiri lahhh) he..he..he.... gurau je ya malam2 ni ok ...... malam ni khai nak share lak 1 resepi lagi yang khai masak untuk makan malam khai ngan h/mate khai malam tadi ...... hah tu dier ikan kerisi goreng sambal hijau ..... wahhhh tajuknyer bukan main hebat ya ..... tapi nak tahu tak ...... rasa nyer pun hebat ..... bagi khai lah ...... orang lain khai tak pasti lah .... ok kalau nak cuba masak malam ni ke ...malam esok ke ..... tahun depan ke ..... hah copy je resepi dier kat bawah ni yer .... khai izin kan.....

Bahan2nyer:

3 ekor ikan kerisi yang bersaiz sederhana besar (dibersihkan dan digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit dan digoreng garing)
1 labu bawang besar (yang berwarna kuning) dibersihkan dan dipotong bulat2
sedikit garam mengikut rasa masing2 ok
sedikit serbuk perasa
minyak untuk menumis

Bahan2 yang dikisar kasar:

10 biji cili hijau
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 batang serai

Cara2nyer:

Pijarkan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, tumis bahan2 kisar tadi sehingga garing.
Setelah garing masukkan garam dan serbuk perasa serta bawang besar tadi .
Goreng lagi sehingga bawang besar tu tadi nampak layu sedikit.
Padamkan api. Bolehlah diangkat bahan tumisan tadi dan dituangkan diatas ikan tadi dan hiaslah mengikut citarasa masing2 ok.
Selamat mencuba .......



Sunday, November 14, 2010

Kek Karrot (Kak Yo)

...... kek karrot ......



........ assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...... kepada semua pembaca setia blog khai ni .... ni bukan ape saja nak letak lah gambar kek karrot yang baru saja diorder oleh salah seorang rakan sekerja di tempat kerja khai ..... dier kata nak buat makan2 ngan anak buah dier .... kak Yo nama dier .... so pagi2 lagi kak yo ni dah sms khai tanya dah siap bawak ke kek tu kat opis sebab dier tak sabar nak tengok design kek karrot tu ....... sebab setiap kali dier order je kek karrot, khai akan buatkan untuk dier lain2 design ..... dier kata hari ni nyer design cam kek hantaran orang nak gi meminang je kata nyer .... tapi khai kata biasa je .... so sesiapa nak order boleh call je khai sebab nombor phone khai ade kat tepi tu dan kepada sesiapa yang nak buat sendiri klik je "kat sini" untuk salin resepi dier ok ..... wasalam ....