Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Tuesday, May 25, 2010

Menu Makan Malam Tadi

Sayur Campur Goreng Dengan Tauhu Jepun .....

Resepi nyer kat bawah ni ......

Bahan2nye:

Bahan2 ditumbuk:
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

Bahan2 sayur-sayuran dihiris:
150 gram kobis
1 pokok daun bawang

Bahan2 hiasan:
1 biji cili merah (dihiris halus)
1 bungkus tauhu Jepun (dipotong bulat2)

Bahan2 perasa:
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil sebuk perasa
2 sudu besar minyak (untuk menumis)


Cara2nya:
  • Panaskan minyak. Tumiskan semua bahan yang ditumbuk tadi sehingga garing.
  • Setelah garing masukkan kobis. Biarkan sebentar.
  • Setelah itu masukkan cili merah, daun bawang, tauhu Jepun, serbuk garam dan serbuk perasa. Kacau dan biarkan seketika. Bolehlah dihidangkan .....
  • Selamat mencuba....


Ikan Merah Goreng Cili Bawang Taruna ......

...... hah kat atas tu menu sayur campur goreng .... ni lak ikan goreng lak ....boleh cuba kalau sape yang berminat .... style orang bujang la ye ..... ok resepinyer kat bawah ni ......

Bahan2nya:

2 keping ikan merah sederhana besar
1 labu bawang besar (dihiris bulat2)
2 biji cili merah (dihiris2)
sedikit garam dan serbuk kunyit
2 cawan minyak masak untuk menggoreng

Cara2nya:
  • Panaskan minyak masak kedalam kuali.
  • Ikan tadi yang telah dibersihkan digaulkan dengan garam dan kunyit.
  • Setelah minyak panas, gorengkan ikan tadi sehingga garing. Setelah itu angkat dan toskan.
  • Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan dalam anggaran 2 sudu besar didalam kuali tadi. Tumiskan bawang besar dan cili tadi sehingga bawang itu nampak kekuningan.
  • Setelah itu angkat dan taburkan diatas ikan tadi. Jika suka bolehlah diperahkan sedikit limau nipis di atas ikat tadi. Boleh lah dihidangkan.


Ayam Masak Lemak Cili Api Minang .........

.... hah ni lak menu utama ..... kalau suke leh cuba gak ...sonang jo ....sebab saya ni dari keluarga orang Minang so kalau tak dapat masakan cam ni dalam sehari ..... tak sah rasa nyer .... ok resepinyer dibawah ni yo .......

Bahan2nya:

1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka ye .... tapi jangan lah kecik sangat...)
1 biji kelapa ( ... perah dan ambil santan nyer dalam 1 mangkuk ok ...)
2 biji ubi kentang ( .... bersihkan dan dipotong 4 ...)

Bahan2 untuk dikisar halus (basah):
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup ( kalau tak de boleh gantikan kunyit serbuk ok ...)
1 batang serai
10 biji cili padi (kalau nak pedas lagi boleh tambah ikut rasa masing2 ok .....)

Bahan2 untuk dikisar halus (kering):
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih

Bahan2 perasa:
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk perasa ( kalau tak suka boleh ganti dengan gula ok ...)


Cara2nya:
  • Masukkan ayam kedalam kuali .... arwah mak saya kata kalau masak dalam kuali lagi sodappp .... tapi kalau tak ada kuali dalam periuk pun ok gak .....
  • Setelah itu pulak masukkan semua bahan2 kisar basah, santan dan ubi kentang tadi kedalam kuali jugak ..... masak lah dengan api yang sederhana ok ..... kacau ye jangan bagi santan tadi bergentel2 ...
  • Kemudian apabila mendidih (lebih kurang 15 minit) dan ubi kentang itu agak empuk sedikit, masukkan semua bahan2 kisar kering tadi dan bahan perasa. Masak dan kacau ..... biarkan dalam 10 minit lagi. Masukkan asam keping sekeping. Kacau seketika dan bolehlah dihidangkan dengan hidangan saya diatas tadi .... dengan nasi putih panas2......
  • Selamat menjamu selera .......


..... hah ni lah dier hidangan makan malam kami ...... cubalah pasti menjilat jari .....


No comments:

Post a Comment