Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Thursday, November 18, 2010

Kari Ikan Merah Ala Mamak

........ kari ikan merah ala mamak ........



........ assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog khai yang setia ....... jadik masih lagi ye ada yang bercuti lagi hari ye ....... so kepada yang bercuti tu selamat bercuti dan kepada yang dah bekerja pagi tadi tu selamat berkerja ye ...... jadi hari lak khai nak kongsi la 1 lagi resepi untuk makan tengahari tadi ..... asyik makan daging je ..... jadi hari ni khai masak ikan ye ..... h/mate khai nak makan kari ikan jadi khai masakkan untuk dier kari ikan merah ala mamak ..... jadi kepada sesiapa yang berminat nak cuba resepi ni ambil je dan salin kat bawah ni yer ..... mudah dan ringkas je ...... selamat mencuba .......

Bahan2nyer:

400 gm ikan merah *(kalau boleh beli yang sudah dipotong2 tu ok ...)
2 cawan santan pekat
2 sudu air asam jawa
sedikit serbuk perasa
sedikit gula
1/2 cawan minyak untuk menumis

Rempah campak:

1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkeh
1 inci kulit kayu manis


Bahan2 yang dikisar:

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
1/2 inci halia
6 biji cili kering
1 batang serai
1 paket serbuk kari ikan "ADABI"

Bahan2 hiasan:

1/2 cawan karrot (dipotong kecil2)
1/2 cawan lada bengala hijau (dipotong dadu)
sedikit daun ketumbar

Cara2nyer:

Pijarkan minyak dalam periuk.
Setelah minyak panas, masukkan rempah campah dan tumiskan bahan2 yang dikisar tadi sehingga garing. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih.
Seterusnyer pula masukkan ikan dan biarkan seketika. Masukkan pula garam, serbuk perasa, gula dan air asam jawa. Biarkan lagi selama 10 minit lagi.
Akhir sekali masukkan pula karrot dan lada benggala tadi. Biarkan seketika.
Padamkan api dan bolehlah dihidangkan. Taburkan daun ketumbar diatas nyer.
Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment