Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Monday, November 15, 2010

Tumis Kacang Panjang Dengan Tauhu Jepun

........ tumis kacang panjang dengan tauhu jepun ......




....... assalamualaikum dan selamat malam semua sekali lagi ..... ni lak khai nak kongsi satu resepi yang khai masak malam tadi dengan masakan ikan kerisi goreng sambal hijau tu ....... ni lak tumis kacang panjang dengan tauhu jepun ok ..... semua tahu tak ape dier tauhu jepun tu? ..... hah kepada yang tak tahu ni khai nak kasi tau lah ..... dan pada yang dah tahu tu dok diam2 ok ..... tauhu jepun tu adalah tauhu telur .... ala yang dijual dalam paket2 panjang tu .... kekadang kt luar nyer pun ade tulis cam bahasa jepun je .... tapi kalau tak pasti gak masa gi pasaraya tu tanya lah ngan pekerja kat pasar raya tu ape dier tauhu jepun tu ..... cubalah rasa tauhu tu ..... sedap tau ..... ok jadik kalau nak tahu cam ne nak masak sayur kacang panjang kat atas tu .... meh .... meh .. meh .... check resepi dier kat bawah ni .... mudah je ...... cuba ye ok .....

Bahan2nye:

3 paket tauhu jepun (tauhu telur)
15 batang kacang panjang (dibersihkan dan dipotong-potong sepanjang 1 inci)
1 batang karrot (dipotong bulat2)
1/2 cawan udang kering (ditumbuk kasar2)
1 cekak suhun (rendam dengan air sehingga lembut)
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
sedikit garam mengikut rasa
sedikit serbuk perasa


Bahan2 yang dikisar halus:

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering


Cara2nyer:

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak lebih kurang 2 cawan untuk menggoreng tauhu tadi. Kerat tauhu tu dengan plastiknye sekali dan baru boleh tauhu tu dikeluarkan dari karungnya. Selepas tu dipotong untuk mendapat 6 potongan untuk satu paket tauhu. Buat lagi cara yang sama untuk 2 paket tauhu yang lebih tu tadi.
Apabila minyak panas goreng tauhu tu tadi sehingga kekuningan. Kalau boleh masa menggoreng tauhu tu biarkan tauhu tu terendam sikit. Setelah agak garing boleh lah diangkat dan diketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Selepas tu tumis bahan2 yang dikisar dengan udang kering tadi. Biarkan dier garing. Setelah garing masukkan sos tiram, sos cili, garam dan serbuk perasa. Biarkan seketika.
Setelah agak2 nampak terbit minyak masukkan kacang panjang dan karrot tadi. Biarkan kacang panjang dan karrot tadi nampak layu sedikit. Setelah itu masukkan suhun yang direndam tadi dan tauhu jepun tadi. Gaulkan sehingga rata. Padamkan api dapur, angkat dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba .......



No comments:

Post a Comment