Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Friday, November 19, 2010

Ikan Merah Masak ala Acar

........ ikan merah masak ala acar .........




......... assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang tengah dok rehat2 pas kerja dan pas makan malam tu hah jengok2 lah blog khai ni dan malam ni lak resepi makan malam khai ialah ....... ikan merah masak ala acar ...... hah resepi ni mesti ramai yang dah tahu buat tapi mungkin nama resepi je yang berbeza ..... jadik masak nyer pun main campak2 je ..... senang je .... tapi masakan cam ni lah membuka selera kalau makan di waktu malam tu sebab .... ada masam2nyer ..... ada enak2nyer ..... heh.... heh .... heh ..... jadik kalau sesiapa yang berminat nak cuba resepi ni ambik kertas dan pen salin je atau terus print je dari sini bukan susah sangat ...... ok kat bawah ni resepi dier .....

Bahan2nyer:

1/2 kilo ikan merah (dipotong2 tapi jangan terlalu kecil, bersihkan, lumurkan garam dan kunyit serta goreng sehingga garing)
2 labu bawang besar (dipotong bulat2)
5 ulas bawang puteh (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
2 batang serai (dititik)
2 biji cili merah (dihiris2)
10 biji cili padi (dihiris2)
1/2 cawan air limau nipis (kalau suka cuka atau air asam jawa pun boleh)
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit gula
serbuk perasa secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2nyer:

Pijarkan minyak dalam kuali. Bila minyak panas masukkan serai, bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi. Tumis sehingga garing.
Setelah garing masukkan air limau nipis, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih seketika. Masukkan air dan kacau lagi dalam 2 minit.
Selepas itu masukkan ikan merah yang telah digoreng tadi dan biarkan lagi dalam 5 minit. Setelah kuah nampak agak pekat sedikit, tutupkan api dan boleh lah dihidangkan serta dihias mengikut kreativiti masing2. Selamat mencuba ......



No comments:

Post a Comment