Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Sunday, November 7, 2010

Tom Yam Ayam Bersayur

......... tom yam ayam bersayur .........


........ waahhhhh enaknyerrrrr .............



........ assalamualaikum dan salam sejahtera semua ....... malam ni lak aku nak kongsi lagi satu resepi yang biasa orang buat untuk makan malam aku dan orang suke makan ....... tom yam ayam bersayur ..... cara nak membuat nyer senang je ...... dan mudah .... kepada orang2 bujang tu cuba lah resepi aku ni ...... dan ambik je resepi dier kat bawah ni ....... selamat mencuba ......

Bahan2nyer:

2 cawan isi ayam (dipotong dadu)
1 cawan karrot (dipotong bulat2)
1 cawan batang saleri (dihiris bulat2)
1 labu bawang besar (dipotong bulat2)
1 cawan daun ketumbar (kalau tak suke boleh ditukarkan kepada daun saderi)
2 batang serai (diketuk2)
5 - 7 helai daun limau purut (dibersihkan dan dibuang alur tengahnyer)
2 paket perencah tom yam "ADABI" (nak guna jenama lain pun boleh jugak)
5 cawan air
1/2 cawan air limau nipis (kalau rasa masam sangat boleh dikurangkan yer)
1 sudu kecil garam
1 susu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa


Bahan2 untuk dikisar halus:

5 ulas cili kering
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang puteh
1/2 inci halia


Cara2nyer:

Sediakan periuk. Masukkan isi ayam, air dan 3 sudu besar bahan2 kisar tadi. Rebus sehingga mendidih dan isi ayam tadi lembut.
Setelah itu masukkan serai, perencah tom yam, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika.
Kemudian masukkan air limau nipis, karrot, batang saleri, bawang besar dan daun limau purut. Biarkan seketika. Dan akhir sekali masukkan daun ketumbar. Padamkan api. Bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.


1 comment: