Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Sunday, November 7, 2010

Kentang goreng sambal bilis

......... kentang goreng sambal bilis .........



......... assalamualaikum dan salam sejahtera semua ....... hari ini aku nak kongsi lagi satu resepi yang mudah ..... lebih2 lagi orang bujang cam aku ni ....... sebab dok lak rumah ala2 kondo (chehhhh konon .....) tak la dok apartment je so malas nak turun jadi makan tengahari hari ni aku masak sempoi je .... cuaca lak kat luar tu ala2 mendung je ..... jadik tengok je ape ade dalam peti sejuk masak je ...... ape lagi jumpe la ubi kentang ngan ikan bilis ...... cili blend lak dah ade ape lagi ...... on je dapur letak kuali ..... mulakan lah tugas memasak tu ...... ok sesiape yang berminat nak cuba resepi ni copy je lah ye kat bawah ni ....aku izin kan ....... selamat mencuba ......

Bahan2nya:

2 biji ubi kentang (dibersihkan, dihiris bulat2 dan digoreng garing)
1/2 cawan ikan bilis (ikan bilis saiz yang sederhana besarnya, bersihkan dan digoreng garing)
1 biji cili merah (dihiris2)
sedikit garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Bahan2 yang dikisar:

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
15 biji cili kering

Cara2 memasaknyer:

Pijarkan minyak. Setelah minyak panas, ambil 2 sudu besar sahaja bahan2 yang dikisar tadi dan goreng sehingga garing. Apabila dah garing masukkan cili hiris, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa anda. Akhir sekali masukkan ubi kentang dan ikan bilis yang digoreng garing. Kacau sehingga sebati dan padamkan api. Bolehlah dihidangkan bersama nasi puteh dan telur dadar.
Lengkaplah satu hidangan makan tengahari yang mudah dan ringkas. Selamat mencuba.

1 comment: