Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Wednesday, November 10, 2010

Cucur "Quaker Oat"

........ cucur "quaker Oat" ........




.......assalamualaikum semua ..... hah malam ini khai nak kongsi lak menu khai makan malam tadi ...... al maklum lah sekarang ni hari2 khai puasa tau ..... biasa lah nak jaga kesihatan satu dan dapat lak pahala ye tak ..... menu nyer simple je ...... cucur "quaker oat" ....... pernah dengar tak ...... ala kita nak makan kita buat je kan ....... tapi sebenarnye resepi ni khai dapat dari rancangan sheila rusli masa bulan ramadan yang lepas ....ala rancangan "ketuk-ketuk ramadan" tu ...... tapi sheila rusli guna udang basah tapi khai simple je guna udang kering dan ikan bilis yang dikisar kasar .... kalau nak tumbuk pun ok gak ......jadik tak de masalah lah ye ...... kalau nak tahu respinyer lagi jom tengok kat bawah ni yer ......

Bahan2nyer:

1 cawan "Quaker Oat"
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan ikan bilis (dikisar kasar)
1/2 cawan udang kering (dikisar kasar)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1/4 sudu teh serbuk penaik
2 cawan air
sedikit garam dan gula
minyak untuk menggoreng

Cara2nyer:

Campurkan kesemua bahan2 diatas kedalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Ikut suka kalau nak agak garing cairkan sikit bancuhan tepung tu tadi tapi kalau nak cucur tu jadik bulat2 pekat kan sikit bancuhan tepung tu tadi.
Setelah sebati semua bahan adunan itu tadi, panaskan minyak dalam kuali dan gorenglah seperti menggoreng jejemput pisang. Senang kan. Goreng lah sehingga garing atau kuning keemasan. Buat lah sehingga adunan habis. Setelah itu boleh lah dihidangkan bersama2 sos Thai. Selamat mencuba.



1 comment:

  1. yeeayy!! Jumpa jugak resipi cucur quaker oat nie. Dok cari dalam buku masakan xdak.huhu. Orait nak pi bancuh tepunglah. Thank you so much.:-)

    JommSihatDanCantik.blogspot

    ReplyDelete