Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Thursday, November 11, 2010

Ayam Masak Halia

......... ayam masak halia ........



........ asalamualaikum kepada pembaca setia blog khai ni yer ....... hah malam ni khai sekali lagi nak kongsi satu lagi resepi makan malam khai yang diberi nama "ayam masak halia" ...... ni adalah style orang bujang masak ringkas, cepat dan sedapppp sangat ...... bahan2 nyer pun tak susah sangat ...... ape yang ade dalam peti sejuk tu masukkan je lah ye ........ jadik bahan yang paling penting tu ayam mesti ade .... yer dek .... khai masak ayam masak halia malam ni sebab dah lama tak makan resepi ni ..... jadik nak tak nak buat lah sendiri ..... lagi pun halia ni bagus untuk kita buang angin dalam badan lebih2 lagi halia muda ok ...... jadik tanpa berlengah lagi moh lah kita nyalin resepi dier kat bawah ni ye .......

Bahan2nyer:

1/2 ekor ayam (dipotong2 kecil2, bersihkan dan digaulkan dengan garam serta kunyit dan digoreng, jangan garing sangat ok...)
2 inci halia (dihiris2 halus)
5 ulas bawang puteh (dihiris halus)
2 labu bawang merah besar (dihiris2 bulat2)
1 batang serai (diketuk2)
2 biji cili merah (dihiris2)
2 biji cili hijau (dihiris2)
1 tin kecil kacang peas (asingkan air kacang peas tadi, untuk dibuat kuah ayam tadi)
4 sudu besar minyak

Bahan2 perasa:

2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (kalau tak de tak pe)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa (jika suka)
1 sudu besar cuka

Cara2nyer:

Panaskan minyak. Setelah minyak panas, tumiskan halia, bawang merah, bawang puteh dan serai sehingga garing. Apabila garing masukkan air lebih kacang peas tadi.
Bila kuahnyer kering sedikit masukkan serbuk perasa, sos ikan dan cuka. Kacau lagi sehingga kuah tadi hampir kering. Seterusnya boleh lah dimasukkan ayam dan kacang peas tadi.
Kacau lagi dalam 2 minit. Padamkan api dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.....



No comments:

Post a Comment