Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Wednesday, September 1, 2010

Menu Berbuka Puasa Malam Tadi

........ menu berbuka semalam cendol dan kuih karipap/popia goreng serta kurma ....... menu utama masak lemak putih kobis dan ikan cencaru bakar cecah air asam ..........


...... hah ni lah dier air asam yang akan dicecah dengan ikan cencaru bakar itu nanti ........


........ air asam dan ikan cencaru bakar ........


...... salam sejahtera kepada semua yang membaca blog saya ni hari ni ...... cam ne puasa semalam ok ke ........ hah harap semua nyer ok lah ye sebab sekarang ni cuaca kita agak panas sikit jadik banyak lah dugaan kita ye ....... dengan tu disebabkan cuaca panas ni saya ni yang diketogorikan orang bujang ni berbuka puasa dengan menu yang kat atas tu lah sebab senang nak masak dan sedap serta membuka selera kita bila kita berbuka tu ..... jadi kalau sesiapa nak cuba buat ikan bakar dan air asam tu boleh lah cuba resepi dier kat bawah ni ye ...... mudah bangat ......sebab ikan cencaru tu kalau nak beli kat pasar Ramadhan tu boleh tahan gak harga nye jadik kita beli ikan fresh kat pasaraya dan bakar sendiri dan buat air asam nye ...... jimat belanja ok .......selamat mencuba ....... wasalam.

Bahan-bahannya:

Untuk ikan cencaru bakar:

2 ekor ikan cencaru (yang sederhana besar, bersih dan jangan dibuang kulitnye)
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak masak

- Sediakan bekas. Campurkan garam dan kunyit tadi dengan ikan cencaru tu dan gaulkan sehingga rata. Biarkan ia perap dalam beberapa minit.

- Setelah itu panaskan sedikit saja minyak didalam kuali. Minyak ni tujuan nyer supaya ikan tadi tak melekat kat dalam kuali tu. Setelah panas masukkan ikan tadi dan bakar lah sehingga garing. Setelah garing angkat dan toskan.


Untuk air asam:

10 biji cili padi kampung (ikut suka kalau nak pedas tambah lah ikut selera masing2 ok)
2 biji cili merah
1 biji bawang merah (besar) - dihiris2
belacan (sebesar ibu jari)
1/2 cawan air asam jawa (kalau boleh biar air asam tu pekat sedikit)
sedikit gula
sedikit serbuk perasa

- Campurkan cili padi, cili merah, belacan, gula dan serbuk perasa kedalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat. Setelah lumat masukkan bawang yang dihiris tadi dan tumbuk sedikit supaya bercampur dengan cili tadi. Setelah itu campurkan air asam tadi dan gaul sehingga sebati. Seterusnya bolehlah dihidangkan dengan ikan bakar tu tadi.

- Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment