Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Thursday, July 1, 2010

Ketam masak Berempah

Ketam masak Berempah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sedang melihat blog saya ni la ye ...... disini ari ni saya nak kongsi la satu masakan yang mudah dan senang nak dimasak .... tapi itu lah dier almaklum lah ye ketam ni mahal sikit dan nak dapat ketam yang padat isinyer kenalah tunggu ...... ape orang tua2 kata masa bulan penuh baru lah isi ketam pun penuh ....... jadik hari Ahad ari tu dok tengah gi pasar pikir2 apa nak masak nampak lah si ketam bunga ni kat satu abg jual ikan tu.....banyak lak tu ketam dier masa tu jadik ape lagi saya ambik lah 2 ekor ...... sebab ketam tu besar 2 ekor pun tu pun dah sekilo jadik ape lagi kepingin gak ketam sebab lama tak makan rembat je lah ..... maka disini gak saya nak kongsi lah satu resepi iaitu Ketam masak Berempah ...... resepi ni saya dapat dari kakak housemate saya kat Johor (dah arwah kakak dier tu ....al-fatihah) ...... disebabkan rasa nye sedap saya kongsi bersama2 anda semua dan cube lah ye ........



Bahan2nya:
1 kg ketam bunga (anggaran 2 ekor dan bersih serta potong ikut citarasa masing2)


Bahan2 untuk dikisar halus:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
10 biji cili kering


Bahan2 penumis:
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 dahan kecil daun kari
1 paket rempah kari ikan FAIZA (ala jenama lain pun boleh)
(dibancuh dengan 1 cawan air)

Bahan2 perasa:
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1/2 sudu teh gula
3 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan minyak (untuk menumis)

Bahan2 hiasan:
1 biji buah tomato (dibelah 6)
sedikit daun kari (untuk ditabur diatas masakan)

Cara2 memasaknya:

  • Panaskan periuk dan masukkan minyak. Setelah minyak panas masukkan daun kari, bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga dan biarkan seketika. Kemudian tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga garing.
  • Setelah garing masukkan rempah kari, garam dan serbuk perasa. Masaklah dalam anggaran 5 minit atau sehingga rempah itu terbit minyak.
  • Bila rempah tadi sudah terbit minyak, masukkan ketam tadi dan dan gaullah dengan bahan rempah tadi. Biarkan selama 5 minit lagi.
  • Masukkan pula santan, gula dan air asam jawa. Masak lagi dan biarkan ia mendidih seketika.
  • Setelah mendidih masukkan buah tomato dan biarkan dia pekat sedikit tapi kalau ada yang suka berkuah biarkan dia berkuah. Tutup api dapur.
  • Bolehlah dihidangkan didalam mangkuk dan taburkan sedikit daun kari diatasnya sebagai hiasan.
  • SELAMAT MENCUBA ......

No comments:

Post a Comment