Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Wednesday, November 24, 2010

Spageti Goreng Ringkas

........ spageti goreng ringkas .........



......... assalamualaikum sekali lagi hari ni kepada semua pembaca2 yang setia ...... hari ni sekali lagi khai nak kongsi masakan berasas spageti lagi tapi ala biasa2 khai ni orang bujang jadi khai buatlah spageti goreng ringkas ...... malas lak nak masak yang over2 malam ni jadi selepas balik opis khai tengok ape yang ada dalam peti sejuk khai ambik dan terus masak ...... kalau sesiapa nak makan masakan yang ringkas cuba lah resepi khai ni ...... selamat mencuba .......


Bahan2nyer:

2 mangkuk spageti ( yang telah siap direbus)
2 biji telur (goreng macam buat scramble egg jee....)
1 sudu cili sos
sedikit garam
sedkit serbuk perasa
sedikit gula secukup rasa
minyak untuk mengoreng
sedikit bawang goreng

Bahan2 yang ditumbuk halus:

2 ulas bawang puteh
2 ulas bawang merah
5 biji cili kering


Cara2nyer:

Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga garing.
Setelah garing masukkan sos cili, garam, serbuk perasa dan gula. Kacau lagi sehingga sebati dan biarkan seketika.
Masukkan spageti dan kacau rata dan biarkan lagi 2 minit.
Padamkan api, angkat dan boleh lah dihidangkan dengan bawang goreng.
Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment