Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Tuesday, November 23, 2010

Spageti Meatball Bolognise ala Malaysia

.......... spageti meatball bolognise ...........




......... assalamualaikum semua ........ tengah wat ape semua ..... mesti ade yang tengah rehat dan mungkin ade yang dah tido ....... so ni khai pun tengah dok update blog ni pun nak tunggu mata mengantuk baru nak tido tapi sebelum tido ..... ni nak kongsi lah satu resepi lagi yang khai masak malam ni wat makan malam ..... yang mudah dan senang untuk dimasak dan dimakan ...... spageti meatball bolognise .... kepada sesiapa yang berminat boleh lah ambik resepi dier kat bawah ni ok ......


Bahan2nyer:

1/2 paket spageti (direbus selama 15 minit, toskan dan gaul dengan 1 sudu kecil butter supaya dier tak melekat2)
1 paket (400 gm) daging lembu cincang (ala minced meat RAMLY BURGER je...)
1 tin kecil tomato puree (jenama KIMBALL)
1 tin kecil baked bean (jenama AYAM Brand)
1/2 tin besar cendawan butang (jenama AYAM Brand, dipotong dan dibelah 4)
1/2 tin besar nenas kiub (jenama AYAM Brand, dipotong kecil2)
2 sudu kecil ITALIAN Herbs (boleh didapati di pasaraya2 terutama di TESCO)
2 sudu besar cili sos
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
1 sudu kecil gula
sedikit minyak untuk menumis

Bahan2 yang dikisar:

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
1/2 inci halia
10 biji cili kering

Cara2 membuat meatball:

Ambil separuh paket daging cincang tadi dan gaulkan dengan sedikit garam, sedikit serbuk perasa, sedikit serbuk lada hitam dan 1 sudu besar tepung gandum. Gaulkan hingga sebati dan bulat2 kan sebesar ibu jari tangan. Buat hingga habis dan ketepikan.

Cara membuat kuah spageti:

Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tadi sehingga garing. Setelah garing masukkan separuh lagi daging cincang tadi, kacau dan biarkan dalam masa 5 minit. Seterusnyer masukkan pula tomato puree dan kacau rata.
Setelah itu masukkan cendawan butang, nenas, baked bean, cili sos serta garam, serbuk perasa dan gula. Kacau lagi dan biarkan ia mendidih.
Apabila mendidih masukkan pula ITALIAN Herbs tadi. Kacau lagi dan bolehlah dimasukkan meatball tadi.
Kacau perlahan2 takut meatball tadi pecah. Biarkan ia mendidih lagi dalam 5 minit. Kacau lagi dan masaklah sehingga pekat. Setelah pekat padamkan api dan bolehlah dihidang bersama2 spageti dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.
Selamat mencuba......


No comments:

Post a Comment