Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Thursday, November 4, 2010

Mee Hoon Goreng Cili Api

........ mee hoon goreng cili padi .......



........ assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku ni yang budiman ...... malam ni aku sekali lagi nak kongsi resepi yang mudah dan ringkas ..... iaitu mee hoon goreng cili padi ...... selalu kita gunakan cili merah atau cili kering kan so malam ni aku guna yang lebih pedas lagi iaitu cili api ..... ada orang panggil cili padi pun boleh ....... jadik tadi petang aku pun lepas balik opis ape lagi berdesupppp la kereta aku ke pasaraya HERO Taman Dagang tu .... beli ape yang patut dan terus balik ..... dan sebelum magrib aku pun siap lah memasak sebelum bertugas semula di pejabat sebab ade kerja yang masih belum diselesaikan lagi ..... jadik ape lagi kalau nak cuba ambil je resepi aku kat bawah ni ye ....cuba jangan tak cuba ..... wasalam.....

Bahan2nya:

2 keping mee hoon (rendam sehingga lembut, bersihkan dan toskan airnya)
1 cawan daging (dihiris nipis dan kecil2)
1 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis2)
1 biji telur
1/2 cawan karrot (diparut kasar2)
1/2 cawan kobis (dihiris2 halus)
1/2 sudu kecil garam
sedikit gula
sedikit serbuk perasa
sedikit daun sop (yang dihiris halus) dan bawang goreng (untuk ditabur diatas mee hoon goreng sebagai hiasan)
sedikit minyak untuk menumis

Bahan2 untuk dikisar (jangan dikisar terlampau halus sangat .... biar kasar2 sikit)

2 ulas bawang merah
5 ulas bawang puteh
1/2 cawan ikan bilis
1/2 cawan cili api (kalau pedas boleh kurangkan ok ..... ikut rasa pedas masing2)

Cara2nyer ye:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan naik bau. Setelah itu masukkan daging. Biarkan 5 minit dan setelah daging empuk masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Biarkan seketika.
Setelah itu masukkan pula mee hoon dan gaul sehingga sebati. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian lubangkan mee hoon didalam kuali tu dan pecahkan telur. Biarkan telur agak2 separuh masak. Kemudian gaulkan semua mee hoon sehingga rata.
Akhir sekali masukkan karrot dan kobis serta tauhu yang dihiris tadi. Gaul sehingga sebati. Padamkan api. Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sop dan bawang goreng. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment