Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Saturday, November 20, 2010

Lala Goreng Sambal Serai

........ lala goreng sambal serai .......



.......... assalamualaikum dan salam hari sabtu semuanye yer ...... hari ni lak bukan ape lambat gak masuk blog sebab sibuk sikit ada training poco2 kat shah alam, jadi malam ni khai masak sempoi je ...... hah tu dier kat atas tu gambar dier ..... lala goreng sambal serai ...... ye lah petang tadi habis je training dari shah alam tu terus gi pasaraya HERO kat area umah khai tu tup tup nampak lala terus je khai beli dalam 1/2 kg je nak wat makan malam je ...... terus teringat lak nak masak sambal jadik khai pun ape lagi tengok ape lak yang ada dalam peti sejuk tu terus buat lala goreng sambal serai tu ...... jadik kalau sesiapa nak cuba resepi ni ambik je dan copy je kat bawah ni ...... senang je dan dalam 10 minit leh siap ..... khai izinkan ok .......

Bahan2nyer:

1/2 kg lala (ada orang panggil kepah retak seribu)
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
garam dan serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang besar untuk hiasan (potong ikut suke bulat2 pun boleh)

Bahan2 yang dikisar:

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
1/2 inci halia
10 biji cili kering
3 batang serai

Cara2nyer:

Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan bahan2 kisar tadi hingga garing.
Setelah garing masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, garam jangan banyak sangat sebab sos ikan tu pun dah agak masin ok, serbuk perasa dan gula.
Biarkan seketika.
Kemudian masukkan pula lala tadi. Kacau dan tutup dalam 5 minit.
Setelah 5 minit, masukkan bawang besar tadi. Kacau lagi dan biarkan kuah dier agak pekat sikit ok.
Padamkan api dan boleh lah dihidangkan dan dihias mengikut citarasa anda semua.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment