Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Sunday, November 14, 2010

Kuew Tiaw Goreng dan Ayam Panggang Black Pepper Ala Western

....... kuew tiaw goreng dan ayam panggang black pepper ala western .......



...... assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog khai ni ..... malam ni lak khai nak kongsi lak 2 resepi yang khai masak untuk makan malam khai ...... tu dier gambor dier kat atas tu kuew tiaw goreng ngan ayam panggang black pepper ala western ..... konon nyer tajuk dier yer ..... ala sebenarnyer bukan ape, khai teringin nak makan ayam panggang pastu plak h/mate khai nak makan kuew tiaw goreng, jadi ape lagi khai gabungkan lah kedua-dua masakan ni jadik gak satu hidangan ..... so tak yah nak pegi kuar malam tadi ..... kalau suke leh gak ayam panggang tu dituangkan ngan sos black pepper atas nyer ..... ok kalau sesiapa nak resepi ayam panggang tu leh ambik kat bawah ni dan sesiapa nak resepi kuew tiaw goreng tu boleh klik "kat sini" je dan nak resepi sos black pepper klik "kat sini" je ..... so selamat mencuba ......wasalam ......

ayam panggang black pepper

Bahan2nyer:

1/2 ekor ayam (dibersihkan)
3 sudu besar sos black pepper (boleh dibelikan dalam botol di pasaraya2)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil TESCO Italian Herbs (boleh dibeli di TESCO atau pasaraya2)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit sos ikan

Cara2nyer:

Panaskan ketuhar dengan suhu 200 hingga 220 darjah celcius atau mengikut kepanasan ketuhar masing2.
Campurkan kesemua bahan2 diatas dalam 1 mangkuk dan kacau sehingga sebati. Kemudian lumurkan bahan2 tadi keatas ayam dan biarkan selama 20 minit.
Setelah itu letakkan ayam tadi dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
Selepas 15 minit keluarkan ayam tadi dan sapukan lagi dengan bahan2 perap tadi diluar dan dalam ayam tadi. Buatlah sehingga bahan tadi habis. Bakar lah dari 45 minit hingga 1 jam. Kemudian keluarkan dari ketuhar dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment