Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Monday, October 18, 2010

Hidangan Makan Malam Tadi

....... kuew tiaw goreng pedas .....



...... salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku ni ........ hari ni aku nak kongsi lah menu makan malam aku malam tadi ....... malas nak masak yang berat2 jadi aku masak kuew tiaw goreng pedas je .... sebab aku ngan h/mate ni suke makan yang pedas2 kalau makan malam tu .... tu lah dier rope nyer kuew tiaw goreng pedas aku tu ...... kalau nak cuba ambil atau copy je resepi dier kat bawah ni ye ..... selamat mencuba ......

Bahan2nya:
500 gm kuew tiaw basah (Anggaran 1 paket kecil)
1/2 cawan udang basah (dibersihkan)
1/2 cawan daging (dihiris)
2 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis2)
1 cawan taugeh (dibuang ekor nyer)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit gula
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat (saya guna jenama "JALEN")
sedikit daun sop dan daun bawang (dihiris halus) sebagai hiasan
minyak untuk menumis

Bahan2 yang dikisar halus:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
10 biji cili kering

Cara2nya:
Pijarkan minyak. Setelah itu tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
Setelah itu masukkan daging kacau dan biar daging itu empuk sedikit. Kemudian masukkan udang. Biarkan seketika.
Apabila udang nampak kemerah-merahan masukkan pula cili sos, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi selama 5 minit. Seterusnya pula masukkan kuew tiaw tadi dan kacau rata dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan taugeh dan tauhu tadi. Kacau rata. Padamkan api. Dan Boleh dihidangkan dan taburkan hirisan daun sop dan daun bawang.


No comments:

Post a Comment