Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Friday, November 5, 2010

Kacang panjang masak ala Jawa

......... kacang panjang masak ala Jawa ........




......... assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku yang budiman ........ ok hari ni nak kongsi lak resepi kacang panjang masak ala Jawa ..... sayur ni aku masak untuk makan t/hari tadi ...... so tak tahu nak masak ape jadik masak lah stlye Jawa ....... jadik tengok ape yang ade dalam peti sejuk terus lah masak yer...... jadik kepada sesiapa nak cuba resepi ni ambik pen dan kertas salin je dibawah ni ok .....

Bahan2nyer:

2 cawan kacang panjang (yang telah dipotong2 sepanjang 1 inci)
1 cawan hati dan mempedal ayam (dipotong dan digoreng separuh masak)
1 cawan suhun (direndam sehingga lembut)
1 cawan fucuk (direndam juga sehingga lembut)
1/2 cawan santan pekat
sedikit garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis


Bahan2 yang dikisar kasar:

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang puteh
1/2 inci halia
15 biji cili padi (kalau pedas boleh dikurangkan ok)


Cara2nyer:

Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
Setelah garing masukkan garam, serbuk perasa dan gula. Seterusnyer pula masukkan santan, kacang panjang dan hati/mempedal ayam tadi.
Biarkan dia mendidih seketika.
Akhir sekali masukkan fucuk dan suhun tadi. Biarkan dia pekat. Setelah pekat, padamkan api dan boleh lah dihidangkan.
Selamat mencuba........


1 comment:

  1. Alahai, kita kalu jumpa lauk ni, semangkuk pun leh habis makan sorg.. hehe

    ReplyDelete