Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Monday, November 29, 2010

Cucur Udang Ringkas Orang Bujang

........ cucur udang bujang .........



..... assalamualaikum semua ...... malam ni lak khai nak kongsi lagi satu resepi mudah dan ringkas orang bujang ..... alah orang yang berkeluarga pun boleh buat kalau nak masak cucur ni ..... sebab cucur ni gak sesuai untuk kanak2 serta penggunaan bahan2 nyer jugak tak banyak sangat .... yelah pas balik keje tu asyik makan luar bosan gak ..... hari2 makan tom yam je .... so ape kata kita makan cucur lak malam ni ok ..... jadik kalau sesiapa nak cuba buat ..... ambik je resepi kat bawah ni ..... khai izinkan .......

Bahan2nyer:

2 1/2 cawan tepung
1 cawan udang basah (dibersihkan dan dibuang kulitnya serta dipotong kecil
1 cawan taugeh
1 labu bawang besar (dihiris2)
1 biji cili merah (dihiris2)
3 sudu besar "Quaker Oat"
2 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng


Panaskan minyak dalam kuali. Sementara itu gaulkan tepung, udang, taugeh, bawang besar, cili merah dan air. Kalau rasa adunan tu pekat cairkan sikit. Gaul sehingga sebati dan setelah sebati masukkan "Quaker oat".
Setelah minyak panas gorenglah seperti jemput-jemput. Gorenglah sehingga kuning keemasan. Selepas itu angkat dan toskan minyaknye.
Bolehlah dihidangkan dengan sos Thai atau pun sambal kacang.
Selamat mencuba ......

No comments:

Post a Comment