Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Thursday, April 1, 2010

Mee Hoon Goreng Bujang

Mee Hoon Goreng Taruna

Tu lah malam tadi teringin sangat nak makan mee hoon goreng so saya tengok ape yang ade dalam........ peti sejuk ....... terus ambik bahan2 yang ada .... maka jadik lah
"Mee Hoon Goreng Bujang ........."
........ hah kalau sudi nak mencuba resepi nyer kat bawah ni .......


Bahan2nya:
2 keping mee hoon (direndam dengan air selama 1/2 jam dan setelah itu toskan)
1 cawan udang hidup (sederhana besar)
1 cawan isi ayam
2 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis2)
1 pokok daun bawang (dihiris halus untuk ditabur atas mee hoon)
1 cawan taugeh
4 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili kering (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 cawan udang kering

Bahan2 perasa:
1/2 sudu kecil garam (ikut rasa ye ... kalu suka masin boleh tambah lagi ...)
1/2 sudu kecil serbuk perasa
2 sudu besar sos cili

Cara2nya:
  • Panaskan minyak. Setelah panas masukkan bahan2 kisar tadi dan tumis sehingga garing ok .......
  • Setelah garing masukkan ayam dan udang tadi ...tumis lagi selama 5 minit .....
  • Kemudian masukkan pulak semua bahan perasa tadi ......tumis lagi 5 minit dan rasa lah sikit kalau tak cukup boleh lah tambah ikut rasa masing2 ok ......
  • Masukkan pulak mee hoon tadi dan kacau rata sampai sebati .... biarlah dalam 5 minit lagi .....
  • Akhir sekali masukkanlah taugeh dan tauhu tadi gaullah hingga sebati dan bolehlah dihidangkan. Taburkan lah daun bawang yang dihiris tadi .......
  • Selamat mencuba .......ok.......

No comments:

Post a Comment