Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Thursday, December 9, 2010

Macaroni Goreng Rona Roni

........ macaroni goreng .........




........... assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog khaisedap-sedapan yer ....... maaflah yer ...... khai dah lama tak masukkan n3 masakan so hari ni khai masukkan satu jenis masakkan yang berasaskan pasta iaitu macaroni goreng rona roni ...... hah sebab ape khai namakan cam tu ..... sebab nyer khai suka sangat tengok drama bersiri rona roni macaroni tu .... jadik tu lah sebab nyer khai namakan masakan ni macaroni goreng rona roni ...... ni khai masak wat makan malam je ...... senang je nak masaknyer ..... sebab khai wat cam tu supaya kalau ada blogger2 yang nak wat masakkan ni untuk anak2 pun boleh ..... jadi ape lagi jom tengok resepi dier kat bawah ni ......


Bahan2nyer:

1 paket makaroni (ape2 jenama pun boleh ........ rebus sehingga kembang dalam 10 minit tapi jangan lembik sangat)
1 keping dada ayam (dipotong kecil2)
1 mangkuk kecil udang yang sederhana besar (bersihkan serta buang kulit kepalanyer sekali dan dipotong tengah belakang udang tu)
1 mangkuk kecil kacang peas
1 mangkuk kecil kobis (yang dihiris halus)
2 sudu besar cili sos
1 tin kecil paste tomota (KIMBALL)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit gula
minyak untuk menumis

Bahan2 yang dikisar:

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering

Cara2nyer:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 kisar tadi sehingga garing. Setelah garing, masukkan ayam dan biarkan ia empuk seketika.
Setelah empuk masukkan pula udang, paste tomato, sos cili, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan lagi 2 minit.
Kemudian masukkan pasta makaroni tadi serta kacang peas dan kobis. Kacau hingga sebati dan biarkan dalam 2 minit lagi.
Selepas itu padamkan api dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Selamat mencuba ........


No comments:

Post a Comment