Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Wednesday, October 20, 2010

Mee Hoon Soto Istimewa

....... meh cuba rasa mee hoon soto istimewa ..... wala laa ........


........ mee hoon soto istimewa .......


....... ni dier bahan2 sampingan yang perlu ada ketika menghidang mee hoon soto istimewa ni ..... bergedil, kacang tanah goreng, bawang goreng, suhun goreng, daun sop/bawang, taugeh dan yang paling penting sambal kicap sebab ia akan membuka selera kita bila makan mee hoon soto ni ......


......... Assalamualaikum semua pagi ni ...... aku harap kepada semua pembaca blog aku ni sihat walafiat lah diharapkan ye ..... jadi pagi ni nak kongsi lagi lah resepi dari aku ..... maklumlah orang bujang ...... jadi tak banyak kerenah nak makan tu ikut selera je ..... h/mate aku lak tak kisah ape aku masak, dier bedal saje janji kepedasan cili padi tu mesti ada ..... bukan ape tekak aku ni dua tiga hari ni nak buke pose je aku teringat makanan yang bersup ..... (jangan marah ye aku sekarang ni setiap hari berpuasa ..... dapat pahala pun ada .... kesihatan pun ok ...... badan pun kurus lah sikit ...he...he...he...) jadik aku pun ape lagi pas je balik opis tu terus lah ke HERO Taman Dagang dan beli lah barang keperluan untuk buat MEE HOON SOTO ISTIMEWA dari aku ni lah .......ntah tak tahu lah ape yang istimewa nyer ..... janji sedap dan enak ......

.....Maka dengan itu kalau ada sesiapa yang berminat nak mencuba resepi mee hoon soto istimewa aku ni yang aku belajar sendiri dari resepi keluarga angkat aku dari JOHOR .....jangan segan jangan malu copy je resepi aku kat bawah ni yer ..... selamat mencuba .....

Sup Soto

Bahan2nya:

Bahan2 kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
1/2 inci halia

Bahan2 lain:
1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong kecil2)
1 sudu rempah sop Mak Siti dan 1 sudu rempah kurma
(dicampurkan dengan 1/2 cawan air dan dikacau rata .... ketepikan)
Rempah campak (1 inci kulit kayu manis, 5 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih, dan 3 kuntum bunga lawang)
2 batang serai (dititik)
2 helai daun pandan (dicarik2 dan disimpul)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
sedikit serbuk perasa
1/2 cawan minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara2nya membuat sup:
Pijarkan minyak seketika, setelah itu tumis rempah campak dan serai tadi dan tumis sehingga naik bau. Seterusnya masukkan bahan2 yang yang dikisar tadi sehingga garing.
Setelah garing masukkan pula rempah soto dan rempah kurma tadi. Biarkan seketika dan pecah minyak.
Bila dah pecah minyak rempah tadi masukkan ayam, gaul dan biarkan sehingga ayam itu empuk. Setelah empuk masukkan pula air dan daun pandan. Air pula mengikut paras ayam didalam periuk tu kalau nak sup dia pekat tapi kalau nak sup dier cair sedikit lebihkan lah sedikit air nyer ok.
Biarkan dier mendidih seketika. Setelah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Seterusnya biarkan sup tu mendidih lagi lebih kurang 10 minit. Kemudian padamkan api dan bolehlah dihidangkan.

Bergedil

Bahan2nya:
300 gm daging cincang (minced meet)
3 biji ubi kentang (dibersihkan, direbus sehingga empuk dan dilecek lumat)
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan cili merah yang dihiris
1/2 cawam daun sop dan daun bawang yang dihiris
1/2 cawan bawang merah yang dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
3 biji telur
1/2 sudu kecil gula
garam mengikut rasa
sedikit serbuk perasa
2 cawan minyak untuk mengoreng

Cara2nya:
Mudah saja nak menyediakannya.
Satu dan gaulkan semua bahan2 diatas tadi di dalam mangkuk kecuali telur dan minyak.
Setelah sebati masukkan 1 biji telur. Gaul lagi. Seterusnya bentukkan adunan tadi bulat2 sebesar bola ping pong. Setelah menjadi bulat leperkan sedikit setebal 1/2 inci. Buatlah seterusnya sehingga adunan tadi habis. Kita boleh dapat lebih kurang 25 biji hingga 30 biji bergedil.
Setelah itu panaskan minyak dalam kuali. Pukul 2 biji telur tadi didalam mangkuk. Seterusnya celupkan bergedil tadi dalam telur tadi dan gorenglah sehingga warna keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Buatlah sehingga habis. Setelah itu bolehlah dihidangkan bersama mee hoon soto tadi.

Sambal kicap

Bahan2nya:

15 biji cili padi (cili padi kampung)
2 ulas bawang puteh
1/2 cawan kicap pekat (saya guna kicap pekat JALEN)
1/2 cawan kicap lemak manis
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka (kalau tak suka boleh ganti dengan perahan air limau nipis)


Cara2nya:
Tumbuk cili padi dan bawang puteh sehingga lumat. Setelah lumat campurkan semua bahan2 lain tadi. Kacau sehingga rata. Bolehlah dihidangkan bersama soto tadi.

Bahan2 sampingan untuk soto tadi:
1/2 cawan kacang tanah goreng
1/2 cawan daun sop dan daun bawang yang dihiris
1 cawan taugeh (dibersihkan)
1 cawan suhun goreng (goreng suhun dalam minyak panas bila nampak suhun tu kembang angkat dan toskan minyaknya)
1/2 cawan bawang goreng

Ok sekarang boleh dhidangkan semua bahan diatasn tadi mengikut kreativiti anda sendiri ok. Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment