Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Saturday, October 16, 2010

Hidangan Ringkas Makan Tengahari Tadi


........ ikan nyuk-nyuk goreng sambal ringkas .......


...... bendi rebus bersambal ......


..... Assalamualaikum semua kepada peminat blog aku ni ..... ada ke aku ni peminat ye ..... tak pe tak kisah la ..... janji kalau ada yang jenguk blog aku ni aku nak kongsi la resepi orang bujang yang aku masak untuk tengahari tadi ....... gambar nyer kat atas tu .... resepinyer kat bawah ni .....

Ikan nyuk-nyuk goreng sambal ringkas

Bahan2nya:
1 ekor ikan nyuk-nyuk
(ape ikan pun boleh, siang dan bersihkan serta potong ikut suka seterusnya gaul sedikit garam dan kunyit sehingga rata)
2 sudu besar cili sos
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit gula
minyak masak untuk mengoreng dan menumis

Bahan2 untuk dikisar halus
10 tangkai cili kering (kalau tak pedas boleh tambah ikut rasa)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
1/2 inci halia
1 batang serai

Cara2nya:
Pijarkan minyak. Goreng ikan tadi hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
Keluarkan minyak sedikit dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga garing. Setelah garing masukkan garam, gula, serbuk perasa serta sos cili. Masak lagi dalam masa lebih kurang 10 minit.
Setelah semuanya sebati dan garing padamkan api. Tuangkan sambal tadi atas ikan dan bolehlah dihidangkan.


Bendi rebus bersambal

Bahan2nya:
15 biji bendi yang sederhana panjang
(rebus 5 minit dan keluarkan dan masuk dalam air sejuk supaya ia nampak masih lagi hijau dan boleh lah diletakkan didalam pinggan hidang..... ikut stail CMG ......)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan2 yang ditumbuk kasar
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1/2 cawan ikan bilis

Cara2nya:
Pijarkan minyak.
Tumniskan bahan2 yang ditumbuk kasar tadi sehingga garing. Setelah garing masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul lagi dan padamkan api. Angkat dan curahlah atas bendi yang direbus tadi dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba......


No comments:

Post a Comment