Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Saturday, October 23, 2010

Dalca Sayur Ringkas Ala Mamak

......... hidangan lengkap dalca sayur ringkas ala mamak, sambal tumis dan roti canai segera untuk sarapan pagi .........


......... dalca sayur ringkas ala mamak .......


......... boleh dihidang dengan roti canai segera, capati segera atau cekodok pun sedap gak .......


....... roti canai segera .........

Assalamualaikum semua dan selamat pagi ....... ni nak kongsi gak pagi tadi aku sarapan roti canai segera je ..... tapi sedap gak roti canai tu ...... lebih2 lagi lak aku wat lak dalca sayur ringkas ala mamak ...... air lak aku wat teh tarik lak ..... so ape lagi berselera lah sarapan aku ....... bukan ape nak gi kuar sarapan malas jadi tengok ape yang ade dalam peti sejuk ...... jadik nampak lah sayur2 yang lebih tu maka aku reka lah dalca sayur ringkas ala mamak ni ..... jadik sesiapa nak cuba ambik je resepi kat bawah ni .... aku izin kan ......

Dalca Sayur Ringkas Ala Mamak

Bahan2nya:
1 cawan kentang (dipotong kecil2)
1 cawan kacang panjang
1 cawan karot (dipotong kecil2 memanjang)
1 cawan kacang dal (yang telah dibersihkan dan direbus sehingga kembang)
1 sudu rempah kari daging
rempah campak (3 kuntum bunga cengkeh, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga dan 1 inci kulit kayu manis)
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam (kalau takde pun tak pe)
1/2 sudu keci garam
1/2 sudu kecil gula
sedikit sebuk perasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan2 yang ditumbuk:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang puteh
1/2 inci halia

Cara2nya:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 yang ditumbuk dan rempah campak. Kemudian masukkan rempah kari daging dan biarkan seketika. Setelah garing masukkan kentang.
Kemudian bila kentang dah empuk masukkan karot dan kacang panjang serta susu cair. Kalau pekat boleh lah tambah air dalam 1/2 cawan lagi. Biarkan ia mendidih seketika.
Akhir sekali masukkan dal, garam, gula, serbuk pati ayam dan serbuk perasa. Biarkan ia mereneh selama 3 - 4 minit. Seterusnya padamkan api dan boleh lah dihidangkan. Selamat mencuba.


1 comment:

  1. Wah, dalca mamak nie kalau makan dengan roti canai memang sedap. Teringat cerita Anak Mami. Haha!.. siap ada resepi dalca mamak lagi.

    ReplyDelete