Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Saturday, September 18, 2010

Hidangan Makan Tengahari

......... hidangan makan tengahari ........


........ uuuummmm menyelerakan ..........


....... ketam masak lemak pedas .......

Bahan-bahan utama:
1 kg ketam bunga (bersihkan dan potong ikut citarasa masing2)
1 cawan santan pekat
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos Thai
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak untuk menumis


Bahan-bahan untuk dikisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar udang kering


Cara memasaknya:
Pijarkan minyak didalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan2 kisar dan sehingga garing. Setelah garing masukkan pula sos cili, sos Thai, serbuk perasa, gula dan garam. Kalau rasa nak pedas sikit boleh lah dimasukkan 10 biji cili padi kedalam kuah itu tadi. Jangan ditumbuk cili tu, cuma masukkan sebiji-sebiji cam tu je dalam kuah tadi. Masakkan lagi dan biarkan lebih kurang 5 minit.

Setelah itu masukkan pula santan dan ketam. Masaklah sehingga pekat. Kacau lagi biarkan selama 5 minit lagi. Setelah pekat, angkat dan bolehlah dihidang.


......... ikan bawal goreng bawang pedas .......

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan bawal sederhana besar (siangkan dan bersihkan serta gaulkan dengan garam dan kunyit)
2 labu bawang besar dipotong bulat2
2 sudu besar sos Thai
1 sudu kecil gula
garam dan serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan-bahan yang dikisar:
10 biji cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai

Cara-caranya:
Pijarkan minyak dalam kuali. Setelah panas goreng ikan sehingga garing. Setelah garing, angkat dan toskan. Kemudian bolehlah diletakkan diatas pinggan hidang.

Keluarkan minyak sedikit. Kemudian bolehlah ditumiskan bahan2 kisar tadi sehingga garing. Setelah itu masukkan sos Thai, bawang besar yang dipotong bulat2 tadi, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau lagi dan biar bawang besar itu tadi layu sedikit.

Setelah sos itu nampak pekat dan bawang itu tadi layu bolehlah dituangkan diatas ikan bawal yang digoreng itu tadi mengikut cara anda sendiri. Hiaslah mengikut kreativiti anda sendiri. Selamat mencuba.


........ urap pucuk paku bersama kelapa goreng .......


Bahan-bahannya:
300 gm pucuk paku (yang telah disiangkan dan dicelur sekejap)
2 biji limau nipis (perah dan ambil airnya)
2 batang serai (dihiris halus)
5 biji cili padi (dihiris halus)
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
1/2 biji kelapa parut (diambil bahagian putihnya sahaja)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam, gula dan serbuk perasa (jika suke) secukup rasa

Bahan-bahan yang dikisar:
6 biji cili kering (kalau suke pedas boleh tambah lagi)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering

Cara-caranya:
Panaskan minyak. Setelah itu tumiskan semua bahan2 kisar tadi. Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa (mengikut selera masing2 ok). Tumiskan lagi sehingga garing. Setelah garing masukkan pula kelapa parut tadi dan masak sehingga kelapa itu nampak garing. Padamkan api dan keluarkan bahan tumis itu tadi.

Seterusnya campurkan kesemua bahan2 tadi seperti pucuk paku, serai, bawang merah dan cili padi dalam bahan2 yang ditumis tadi. Gaul sehingga rata. Masukkan pula air limau nipis dan kacau lagi. Setelah sebati bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.


....... salam sejahtera semua ........ kembali semula .... hari ni bukan lah nak menunjuk2 tapi sape kata orang bujang tak leh masak cam orang berkeluarga ...... heh ..... heh .... heh ..... hari ni Sabtu tengahari tadi aku masak lah lebih sikit sebab member h/mate aku dari JB datang ...... sejak raya hari tu asyik makan lauk berasaskan daging je ape kata kita masak seafood lak ye ......jadi aku pe lagi pepagi dah gi pasar ngan h/mate aku cari bahan2 nak masak tu ....... alah bukan gi pasar pun tapi gi pasaraya HERO je kat area umah aku tu .... he...he...he.... tak lah pagi sangat tapi agak tengahari jugak lah ye ...... sebab bangun pun lewat ....... jadi kalau gi pasar tu memang dah tak de piliha n lah lagi ....... jadik bila gi pasar tu jumpe lah ketam ..... ikan bawal ...... dan pucuk paku ape lagi balik umah aku olah semua bahan2 tu sehingga lah menjadi hidangan diatas tu ..... so sesape nak resepi dier salin je lah kat atas ni yer ...... tu je lah coretan aku hari ni ....cuba jangan tan cuba .... wasalam .....


No comments:

Post a Comment