Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Tuesday, November 30, 2010

Selamat Hari Lahir ... BEN ASHAARI !!!

........ "TAHNIAH" ....... selamat hari lahir ke 34 tahun ........


........ "BEN ASHAARI" ........


....... assalamulaikum kepada semua pembaca2 blog yang setia ....... hari ni khai nak ucapkan "selamat hari lahir" yang ke 34 tahun ke blogger yang tidak asing bagi kita semua "BEN ASHAARI" ....... khai doakan semoga ben panjang umur dan dimurahkan rezeki serta aman bahagia disamping isteri tercinta sehingga ke akhir hayat ...... dan didoakan juga ben akan mendapat lebih ramai lagi ahli2 blogger untuk KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang baru serta tunjuk ajar ben pasti diperlukan oleh blogger2 yang baru nak berjinak2 di dunia blog ini .... serta satu masa nanti khai doakan juga BEN ASHAARI akan menjadi pelopor yang tersohor dalam dunia BLOG ini ..... sekali lagi khai ucapkam "SELAMAT HARI LAHIR BEN ASHAARI" ..... wasalam .....



Monday, November 29, 2010

Cucur Udang Ringkas Orang Bujang

........ cucur udang bujang .........



..... assalamualaikum semua ...... malam ni lak khai nak kongsi lagi satu resepi mudah dan ringkas orang bujang ..... alah orang yang berkeluarga pun boleh buat kalau nak masak cucur ni ..... sebab cucur ni gak sesuai untuk kanak2 serta penggunaan bahan2 nyer jugak tak banyak sangat .... yelah pas balik keje tu asyik makan luar bosan gak ..... hari2 makan tom yam je .... so ape kata kita makan cucur lak malam ni ok ..... jadik kalau sesiapa nak cuba buat ..... ambik je resepi kat bawah ni ..... khai izinkan .......

Bahan2nyer:

2 1/2 cawan tepung
1 cawan udang basah (dibersihkan dan dibuang kulitnya serta dipotong kecil
1 cawan taugeh
1 labu bawang besar (dihiris2)
1 biji cili merah (dihiris2)
3 sudu besar "Quaker Oat"
2 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng


Panaskan minyak dalam kuali. Sementara itu gaulkan tepung, udang, taugeh, bawang besar, cili merah dan air. Kalau rasa adunan tu pekat cairkan sikit. Gaul sehingga sebati dan setelah sebati masukkan "Quaker oat".
Setelah minyak panas gorenglah seperti jemput-jemput. Gorenglah sehingga kuning keemasan. Selepas itu angkat dan toskan minyaknye.
Bolehlah dihidangkan dengan sos Thai atau pun sambal kacang.
Selamat mencuba ......

Dapur Tanpa Sempadan "DTS", TERIMA KASIH SEKALI LAGI !!!

...... award untuk blog "TERCANTIK" ........ dari DTS "dapur tanpa sempadan" .......

........ assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog khai ni ...... sebelum tu khai mengucapkan kesyukuran kepada hadrat illahi kerana tanpa khai sedari blog khai yang belum lagi setahun jagung ni dah dapat award blog tercantik dari blogger yang tidak asing lagi "dapur tanpa sempadan" ...... khai pun sebenar terkejut gak bila baca kat shoutmix ..... bila cmg bagi coretan di kat situ ..... terkejuttttt sangat khai ..... sebab blog khai ni tidak lah sehebat blog2 yang terdahulu dari blog2 yang lain .... tapi dengan tercapai award ni khai akan berusaha meningkatkan lagi mutu dan coretan2 serta tips2 yang berguna untuk pembaca blog yang datang singgah serta ziarah ke blog khai ni ..... terimakasih yang tidak terhingga buat BEN yang membantu memperkenalkan blog khai ni dan tidak lupe juga buat QIRA dari "Qira D'Dapur" kerana dengan paksaan beliau lah yang membuatkan khai membina dan membuat blog yang tak seperti nyer ini ....sekali lagi buat blogger "dapur tanpa sempadan (CMG)" terimakasih dan hanya tuhan saja yang dapat membalas pemberian cik mat gebu (DTS) itu ..... wasalam .....


Sunday, November 28, 2010

Peanut Butter Puff Beranyam

...... peanut butter puff beranyam ........



...... assalamualaikum semua .... hari ni khai nak kongsi lak 1 resepi yang khai ambik sumber inspirasi nyer dari dapur tanpa sempadan tu ..... cik mat gebu kita tu .... ala gunakan pastri jenama "KAWAN " tu je .... mudah dan senang sangat nak buat .... lebih2 lagi nak buat untuk hidangan jamuan ... sebab ada baki lagi pastri itu dalam peti sejuk ... tapi inti nyer khai guna peanut butter tapi cik mat gebu guna jem rosel .... kalau anda semua nak tahu cam na nak anyam pastri ni cuma "klik kat sini" ok ..... terimakasih CMG ..... wasalam .....


Saturday, November 27, 2010

Mee Goreng Bujang Pedas

....... mee goreng bujang pedas .......



...... assalamualaikum semua malam ni ...... malam ni lak khai penat sikit sebab petang tadi ada lah member2 ajak buat latihan poco2 kat shah alam jadik khai penat lah sikit ..... jadik tak tahu nak masak ape pastu lak malas lak nak kuar gi kedai lagi ..... jadik jengok je lah kat dalam peti sejuk tu ape yang ade .... last2 jumpe lak mee kuning ..... jumpe lak ade stok sekeping dada ayam .... ada taugeh lak ..... ape lagi khai pun hidup kan api dapur ..... cam dulu2 lak ye ingat nak hidup kayu api ke ape .... ehhhh takde lah gurau je ...... letak kuali ...... uhhhh kita masak mee goreng bujang pedas ..... hah ape lagi tunggu2 semua ..... jom ambik kertas dan pensil ..... salin je resepi ni ...... wasalam .......

Bahan2nyer:

1 paket kecil mee basah (mee kuning)
1 keping isi dada ayam (dipotong kecil)
2 cawan taugeh
sedikit daun bawang dan cili merah (hiris halus sebagai hiasan)
beberapa keping timun
minyak untuk menumis


Bahan2 untuk ditumbuk:

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering


Bahan2 perasa:

1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat (kalau tak de pun tak pe)
1 sudu kecil sos nampla (sos ikan kalau ada letak lah tapi kalau tak de pun tak pe)
sedikit serbuk perasa
1 sudu kecil garam
sedikit gula


Cara2nyer:

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tumiskan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga garing. Setelah garing masukkan ayam dan biarkan seketika dan empuk.
Kemudian masukkan semua bahan2 perasa tadi dan kacau hingga rata dan biarkan dalam 2 minit. Masukkan pula mee dan kacau rata dan sebati. Seterusnyer lak masukkan taugeh.
Kacau rata lagi. Padamkan api bolehlah diangkat. Hidangkan dan hiaslah mengikut citarasa masing2.
Selamat mencuba ........



Friday, November 26, 2010

TERIMA KASIH !!!











...... assalamualaikum kepada semua pembaca blog khai yang setia ni ..... eehhhh kononnnn yerrrr.... baru je masuk blog list dah eksen yerrr...... ehhhh tak de lah ..... ni lak entri ucapan terima kasih khai kepada semua blog-blog yang fofular diatas ni kerana sudi masukkan blog khai adry ni "khai's sedap-sedapan" ke dalam blog list mereka ..... dan diharap kepada pembaca2 blog khai yang setia ni kalau belum buat cam entri khai yang sebelum ni segera kerana peluang masih terbuka lagi untuk kita promosikan blog kita ..... yang boleh memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca2 blog yang lain .....

ok kalau kepada blogger yang baru nak berjinak2 dalam arena blog ni gi je klik kat atas tu kat blog BEN ASHAARI tu dapatkan tips2 yang berguna cam ne nak memfofularkan blog ok ..... khai ni pun tak berapa pandai dalam bidang IT ni tapi dari blog beliau lah khai belajar ..... so tu je la serba sedikit coretan yang khai boleh beri sebagai panduan .... ok kepada Ben Ashaari .... Cik Mat Gebu .... Maz .... K.Nor .... K.Liza .... terimakasih khai ucapkan kerana memberi sokongan kepada blog khai ni ..... wasalam.



Thursday, November 25, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !



Ben Ashaari
Dapur Tanpa Sempadan ...
Ilham Dapur
Secubit Garam
Hanieliza's Cooking


Assalamualaikum semua ...... hari ni Khai masukkan entri ni adalah untuk memperkenalkan blog Khai kepada semua pembaca-pembaca setia blog ....... dan dengan memasukkan blog Khai dalam ruangan yang diperkenalkan oleh Ben Ashaari ni dimana beliau saya lihat banyak membantu blogger-blogger untuk memperkenalkan blog mereka kepada umum khasnyer dan Khai harap blog Khai ni juga akan ada pengunjung atau pembacanyer setiap hari.

Khai memilih kelima-lima blog diatas adalah disebabkan blog-blog diatas banyak memberi pengetahuan dan ilmu dalam kehidupan sehari Khai. Semenjak Khai mempunyai blog sendiri ni Khai rasa setiap hari Khai mesti mencari satu ilmu disetiap blog yang Khai pilih diatas untuk Khai gunakan dalam segi masakan atau pun pengetahuan am serta tips-tips yang berguna.

SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG .... Blog masakan yang paling popular sekarang ni dengan Chef dier Chef Cik Mat Gebu kita tulah jadi apabila saya terbaca entri disitu terus saya buka blog Ben Ashaari tu terus saya ikut langkah-langkah yang ditunjukkan.

Khai harap apabila entri ni keluar kelak blog khai akan dapat diterima oleh semua pembaca2 blog yang setia disini .... wasalam.

Wednesday, November 24, 2010

Spageti Goreng Ringkas

........ spageti goreng ringkas .........



......... assalamualaikum sekali lagi hari ni kepada semua pembaca2 yang setia ...... hari ni sekali lagi khai nak kongsi masakan berasas spageti lagi tapi ala biasa2 khai ni orang bujang jadi khai buatlah spageti goreng ringkas ...... malas lak nak masak yang over2 malam ni jadi selepas balik opis khai tengok ape yang ada dalam peti sejuk khai ambik dan terus masak ...... kalau sesiapa nak makan masakan yang ringkas cuba lah resepi khai ni ...... selamat mencuba .......


Bahan2nyer:

2 mangkuk spageti ( yang telah siap direbus)
2 biji telur (goreng macam buat scramble egg jee....)
1 sudu cili sos
sedikit garam
sedkit serbuk perasa
sedikit gula secukup rasa
minyak untuk mengoreng
sedikit bawang goreng

Bahan2 yang ditumbuk halus:

2 ulas bawang puteh
2 ulas bawang merah
5 biji cili kering


Cara2nyer:

Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga garing.
Setelah garing masukkan sos cili, garam, serbuk perasa dan gula. Kacau lagi sehingga sebati dan biarkan seketika.
Masukkan spageti dan kacau rata dan biarkan lagi 2 minit.
Padamkan api, angkat dan boleh lah dihidangkan dengan bawang goreng.
Selamat mencuba.


Tuesday, November 23, 2010

Spageti Meatball Bolognise ala Malaysia

.......... spageti meatball bolognise ...........




......... assalamualaikum semua ........ tengah wat ape semua ..... mesti ade yang tengah rehat dan mungkin ade yang dah tido ....... so ni khai pun tengah dok update blog ni pun nak tunggu mata mengantuk baru nak tido tapi sebelum tido ..... ni nak kongsi lah satu resepi lagi yang khai masak malam ni wat makan malam ..... yang mudah dan senang untuk dimasak dan dimakan ...... spageti meatball bolognise .... kepada sesiapa yang berminat boleh lah ambik resepi dier kat bawah ni ok ......


Bahan2nyer:

1/2 paket spageti (direbus selama 15 minit, toskan dan gaul dengan 1 sudu kecil butter supaya dier tak melekat2)
1 paket (400 gm) daging lembu cincang (ala minced meat RAMLY BURGER je...)
1 tin kecil tomato puree (jenama KIMBALL)
1 tin kecil baked bean (jenama AYAM Brand)
1/2 tin besar cendawan butang (jenama AYAM Brand, dipotong dan dibelah 4)
1/2 tin besar nenas kiub (jenama AYAM Brand, dipotong kecil2)
2 sudu kecil ITALIAN Herbs (boleh didapati di pasaraya2 terutama di TESCO)
2 sudu besar cili sos
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
1 sudu kecil gula
sedikit minyak untuk menumis

Bahan2 yang dikisar:

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
1/2 inci halia
10 biji cili kering

Cara2 membuat meatball:

Ambil separuh paket daging cincang tadi dan gaulkan dengan sedikit garam, sedikit serbuk perasa, sedikit serbuk lada hitam dan 1 sudu besar tepung gandum. Gaulkan hingga sebati dan bulat2 kan sebesar ibu jari tangan. Buat hingga habis dan ketepikan.

Cara membuat kuah spageti:

Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tadi sehingga garing. Setelah garing masukkan separuh lagi daging cincang tadi, kacau dan biarkan dalam masa 5 minit. Seterusnyer masukkan pula tomato puree dan kacau rata.
Setelah itu masukkan cendawan butang, nenas, baked bean, cili sos serta garam, serbuk perasa dan gula. Kacau lagi dan biarkan ia mendidih.
Apabila mendidih masukkan pula ITALIAN Herbs tadi. Kacau lagi dan bolehlah dimasukkan meatball tadi.
Kacau perlahan2 takut meatball tadi pecah. Biarkan ia mendidih lagi dalam 5 minit. Kacau lagi dan masaklah sehingga pekat. Setelah pekat padamkan api dan bolehlah dihidang bersama2 spageti dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.
Selamat mencuba......


Monday, November 22, 2010

Koleksi Tembikar China

........ bekas air tembikar china ........


......... sebahagian koleksi tembikar-tembikar china .........



........ assalamualaikum kepada semua yang sudi membaca coretan di blog khai ni ..... hari ni lak khai nak berkongsi pulak bukan resepi yer puan2 tapi himpunan koleksi barang2 tembikar china ...... tak lah banyak sangat tapi seronok biler dah ada ..... sebenarnyer khai ni pun tak berminat dan tak pandai menyimpan koleksi2 barang tembikar china ...... tapi disebabkan h/mate khai ni memang peminat setia koleksi tembikar china ni jadi khai pun terikut sama ...... mula2 tu tak lah banyak sangat tapi lama2 bila beli sikit2 jadik banyak lah jugak ..... nak tahu kat mana khai dan h/mate khai beli barang2 tembikar ni ...... haaaaahhhhh kat ayer hitam, johor ...... ala tempat pelancung2 suka membeli belah dan banyak terdapat bahan2 perhiasan disana ..... kalau sesiapa gi johor dan tak singgah kat ayer hitam ni orang kata tak sah tau .... kebetulan lak h/mate khai ni orang ayer hitam ..... jadik tak de masalah lah nak membeli barang2 tembikar ni ..... jadik kalau sesiapa yang peminat setia tembikar china ni boleh lah ke ayer hitam, johor ..... kat sana banyak terdapat koleksi2 tembikar ni dan juga pasu2 perhiasan yang terkini ...... ok lah sesiapa yang berminat gak dan malas nak ke ayer hitam, johor tu ..... hubungi je khai kat talian ..... no phone ada kat profile khai tu yer .... call je .....jangan malu2 ok ..... jadik tu je lah coretan khai buat semua ..... wasalam .......



Sunday, November 21, 2010

Kek Karrot (Mama Teh, Shah Alam)


...... kek karrot ......



......... assalamualaikum sekali lagi lagi kepada semua pembaca blog khai yang setia ....... cam ne cuti hari Ahad ni dimana cuti sekolah dah bermulakan ..... jadik mesti ade yang dah pergi makan angin kan bawa keluarga gi jalan2 carik makan kan ....... cam khai ni orang bujang biasa lah ada gak aktiviti, sibuk gak lah ...... hari ni lak khai dapat 2 tempahan kek karrot dari sorang rakan khai dari shah alam, mama teh nama dier, 2 biji kek karrot setiap satu 1/2 kg so gambar dier kat atas tu ...... rakan khai ni baru je khai kenal melalui rakan yang lain masa buat latihan poco2 kat tempat tinggal dier di shah alam ...... seronok gak biler kenal kawan lain kita leh gak meluaskan bisnes kecil2an khai ni ..... ala carik duit2 sampingan ...... so kalau sesiapa nak resepi kek karrot khai ni "klik je kat sini" ambik dan copy je, khai izin kan dan sesiapa dah buat kek ini dan nak jualkan kek tu nak buat bisnes lagi khai suke ....... alah resepi cam ni kita tak leh kedekut2 sangat ....... ape salah kita tolong orang2 kita kan ...... baru boleh maju dan sesiapa yang malas nak buat lak ambik no phone khai kat profile khai tu call je khai, khai buat kan dan khai anto sampai ke depan pin tu rumah ..... ok tu je lah coretan khai ari ni ..... kita jumpe di blog khai esok ok ..... wasalam .......


Saturday, November 20, 2010

IKEA @ Mutiara Damansara

....... ni laluan ke surau yang disediakan di IKEA bersebelahan Cafe IKEA ........


....... ni lak h/mate khai tengah dok menjamu selera .......


...... member h/mate khai pun ikut sama sambil menjamu selera .......


........ IKEA roasted chicken wing .......


........ italiano pasta .......


........ IKEA swedish meatball with fries .......


........ suasana di Cafe IKEA yang terlalu sibuk dan ramai ........


........ sebahagian perkakas rumah IKEA yang dipamerkan pintu masuk .........


......... perkakas dapur IKEA ........


....... pintu masuk ke IKEA ........


........ IKEA ........

....... assalamualaikum semua ....... sihat hari ni ...... sekali lagi khai update blog malam ni ...... ni lak khai nak share lah jugak pada semua pembaca blog khai ni yang tak pernah lagi ke pusat membeli perabot antarabangsa yang terbesar di Malaysia ni iaitu IKEA ....... so petang tadi pas je training poco2 h/mate khai ngan member dier dari JB tu ajak khai ke sana ..... jadik sesiapa yang tak pernah pergi boleh lah pergi kesana yang lokasi nyer terletak di Mutiara Damansara ...... bersebelah The Curve dan Harvey Norman, Damansara ...... kalau nak kesana banyak jalan boleh dilalui .... melalui Pencala Link atau melalui TTDI, KL atau melalui area nak ke Stesen TV3 pun boleh sampai kesana ..........

...... sebenarnyer khai ni dah banyak kali gi kesana cuci mata tengok perabot2 nyer yang cantek2 ...... ada gak khai ngan h/mate beli perabot2 IKEA ni ..... bukan nak riak lah tapi walaupun harga nya agak mahal sikit tapi kualiti nyer memang bagus dan tahan ..... khai lak tak kata lah barang2 buatan Malaysia ni tak bagus tapi kekadang tu pernah lah khai beli perabot kat sini baru guna tak beberapa bulan dah rosak ..... jadik kekadang tu payah lah jugak ......ok disamping tu jugak kat IKEA ni banyak kemudahan disediakan untuk para pengunjung seperti tempat penjagaan kanak2, cafe dier yang luas (makanan paling popular kat situ adalah swedish meatball dan semuanyer HALAL), surau dan parkir yang luas ...... jadik tak susah nak kesana lebih2 lagi ni cuti2 sekolah kan ..... boleh bawak anak2 kat sana jalan2 ...... tu jelah coretan khai hari ni semoga boleh lah kalau nak tukar perabot hujung2 tahun ni ok ......wasalam ......

Lala Goreng Sambal Serai

........ lala goreng sambal serai .......



.......... assalamualaikum dan salam hari sabtu semuanye yer ...... hari ni lak bukan ape lambat gak masuk blog sebab sibuk sikit ada training poco2 kat shah alam, jadi malam ni khai masak sempoi je ...... hah tu dier kat atas tu gambar dier ..... lala goreng sambal serai ...... ye lah petang tadi habis je training dari shah alam tu terus gi pasaraya HERO kat area umah khai tu tup tup nampak lala terus je khai beli dalam 1/2 kg je nak wat makan malam je ...... terus teringat lak nak masak sambal jadik khai pun ape lagi tengok ape lak yang ada dalam peti sejuk tu terus buat lala goreng sambal serai tu ...... jadik kalau sesiapa nak cuba resepi ni ambik je dan copy je kat bawah ni ...... senang je dan dalam 10 minit leh siap ..... khai izinkan ok .......

Bahan2nyer:

1/2 kg lala (ada orang panggil kepah retak seribu)
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
garam dan serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang besar untuk hiasan (potong ikut suke bulat2 pun boleh)

Bahan2 yang dikisar:

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
1/2 inci halia
10 biji cili kering
3 batang serai

Cara2nyer:

Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan bahan2 kisar tadi hingga garing.
Setelah garing masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, garam jangan banyak sangat sebab sos ikan tu pun dah agak masin ok, serbuk perasa dan gula.
Biarkan seketika.
Kemudian masukkan pula lala tadi. Kacau dan tutup dalam 5 minit.
Setelah 5 minit, masukkan bawang besar tadi. Kacau lagi dan biarkan kuah dier agak pekat sikit ok.
Padamkan api dan boleh lah dihidangkan dan dihias mengikut citarasa anda semua.
Selamat mencuba.