Dunia makanan amat berharga bagi semua insan di alam ini dengan itu hargailah makanan ketika ini maka lahirlah"Dunia Inspirasi Makanan Nusantara". Disini juga ada beberapa coretan tentang resepi, restoran, tempat percutian dan sebagainya dimana semuanya ada kaitan dengan makanan yang boleh menjadi panduan bagi anda semua ..........

"Sila Klik Disini"

Pengikut Saya (Followers)

Thursday, October 28, 2010

Fish & Chips Ringkas

...... ni lah dier bahan2 untuk dibuat fish n chips ringkas tu ........


......... cara menghidang "fish n chips ringkas" ........


........ jejari kentang goreng, salad n lemon, fillet ikan dan black pepper sauce ........

....... assalamualaikum dan salam sayang kepada pembaca blog aku yang budiman ...... hari lak aku nak kongsi lah jugak 1 resepi ringkas dan mudah untuk dimasak oleh sesiapa pun tak kira lah bujang ke .... dah kawin ke .... dah berkeluarga ke ..... tua ke .... muda ke ..... he ... he ... he ... semua nyer leh buat ..... sebab resepi nyer mudah dan ringkas bebenor bak kata orang PERAK ye .... ye yop ..... ok lah yang pertama kena ada fish fillet jenama "RAMLY BERGER" kalau boleh lah .....sebab fillet nye mudah dimasak dan tak berbau ..... pas tu nak wat black pepper sauce dia plak aku gunakan serbuk black pepper jenama "MAGGI" dan "McCORMICK Chicken Gravy" .... semua ni ada kat pasaraya2 ......jadik kalau sesiapa berminat beli bahan2 ni banyak2 dan simpan dalam freezer ..... bila nak makan terus buat tak yah nak gi gerai2 makan ..... ok kalau nak tahu cara nak buat dier ....ikut je resepi aku kat bawah ni ye ....... wasalam.

Bahan2nya:

1 cawan kentang goreng (tak kisah lah nak guna yang ketak2 ke, nak guna kentang lurus ke semua boleh ye ....)
2 keping fillet ikan (jenama "RAMLY BERGER") digoreng hingga kuning keemasan
2-3 helai daun salad
1/2 biji lemon

Bahan2nya untuk "black pepper sauce":

1 paket perencah black pepper "MAGGI"
1 paket McCormick Chicken Gravy
1 cawan air
1/2 cawan susu cair

Cara2nya:
Campurkan kesemua bahan2 diatas tadi kedalam periuk. Kacau sehingga mendidih dan agak pekat sedikit. Kemudian boleh lah dihidang bersama2 kentang goreng, fillet ikan, salad dan lemon.
Diatas tu ada cadangan cara nak menghias dalam pinggan lah ... Boleh gak dihias mengikut kreativiti masing2 ok . ....... selamat mencuba .....



Sunday, October 24, 2010

Kek Kukus Buah-Buahan (CMG)




...... kek kukus buah-buahan (CMG) ......


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni .... he..he..he.. hari aku nak kongsi satu lagi resepi yang aku copy dari blog masakan yang terkemuka CMG (.... mintak izin ye cmg dengan resepi saya copy...) so aku dah cuba buat resepi tu .....jeng...jeng...jeng... kek kontrobesi tu ..... kek ape lagi kek kukus buah-buahan tu la ...... sedap kek nyer dan senang lak nak buat ..... so ape lagi aku buat lah ..... tapi aku buat kek ni separuh je dari resepi CMG tu .....sebab aku nak cuba dulu takut tak jadi plak ..... almaklum lah kita ni tak lah seterror si CMG tu ......tapi allhamdulillah jadik ...... aku bawak opis aku sikit ....n h/mate aku makan sikit dan dier kata sedappppp .... so ape lagi cuba lah ye dan "klik je kat sini" .... jangan tak cuba.....


Saturday, October 23, 2010

Dalca Sayur Ringkas Ala Mamak

......... hidangan lengkap dalca sayur ringkas ala mamak, sambal tumis dan roti canai segera untuk sarapan pagi .........


......... dalca sayur ringkas ala mamak .......


......... boleh dihidang dengan roti canai segera, capati segera atau cekodok pun sedap gak .......


....... roti canai segera .........

Assalamualaikum semua dan selamat pagi ....... ni nak kongsi gak pagi tadi aku sarapan roti canai segera je ..... tapi sedap gak roti canai tu ...... lebih2 lagi lak aku wat lak dalca sayur ringkas ala mamak ...... air lak aku wat teh tarik lak ..... so ape lagi berselera lah sarapan aku ....... bukan ape nak gi kuar sarapan malas jadi tengok ape yang ade dalam peti sejuk ...... jadik nampak lah sayur2 yang lebih tu maka aku reka lah dalca sayur ringkas ala mamak ni ..... jadik sesiapa nak cuba ambik je resepi kat bawah ni .... aku izin kan ......

Dalca Sayur Ringkas Ala Mamak

Bahan2nya:
1 cawan kentang (dipotong kecil2)
1 cawan kacang panjang
1 cawan karot (dipotong kecil2 memanjang)
1 cawan kacang dal (yang telah dibersihkan dan direbus sehingga kembang)
1 sudu rempah kari daging
rempah campak (3 kuntum bunga cengkeh, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga dan 1 inci kulit kayu manis)
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam (kalau takde pun tak pe)
1/2 sudu keci garam
1/2 sudu kecil gula
sedikit sebuk perasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan2 yang ditumbuk:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang puteh
1/2 inci halia

Cara2nya:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 yang ditumbuk dan rempah campak. Kemudian masukkan rempah kari daging dan biarkan seketika. Setelah garing masukkan kentang.
Kemudian bila kentang dah empuk masukkan karot dan kacang panjang serta susu cair. Kalau pekat boleh lah tambah air dalam 1/2 cawan lagi. Biarkan ia mendidih seketika.
Akhir sekali masukkan dal, garam, gula, serbuk pati ayam dan serbuk perasa. Biarkan ia mereneh selama 3 - 4 minit. Seterusnya padamkan api dan boleh lah dihidangkan. Selamat mencuba.


Friday, October 22, 2010

Khadijah's Kitchen

........ ni Khadijah's Kitchen pemandangan dari luar restoran .......


......... tu dier salah satu potret Khatijah Ibrahim yang terdapat disalah satu sudut di Khadijah's Kitchen ........


......... ni juga beberapa koleksi gambar2 Khatijah Ibrahim yang terdapat di Khadijah's Kitchen ......


........ ni juga koleksi gambar2 Khatijah Ibrahim ........


....... pemandangan di dalam restoran Khadijah's Kitchen ..........


......... suasana yang begitu nyaman dan cozy didalam restoran Khadijah's Kitchen ......


........ mee siam Muar ......


........ cucur udang .........


.......... pemandangan tempat makanan untuk hidangan makan tengahari ..........


........ tu lah menu dier yang terdapat bermacam2 jenis makanan yang terdapat disitu .......


......... ni plak hidangan minuman panas peppermint tea untuk aku ngan h/mate aku, sungguh menyamankan teh ini ........

...... Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku ni ...... kat sini hari ni aku nak kongsi ngan korang semua ....... sebab tadi aku gi lah makan malam di restoran kepunyaan salah satu artis fofular 80an gituuu ..... Dato' Khatijah Ibrahim di Petaling Jaya ....... Khadijah's Kitchen ...... restoran nyer begitu cantik dan kemas ...... suasana nyer begitu nyaman dan cozy ....... makanan lak bermacam2 bermula makan tengahari hingga lah ke malam ...... waktu operasi restoran ini dari pukul 12.00 t/hari hingga 11.00 malam ....... lokasinyer plak senang dan tak jauh dari Pusat Perubatan Universiti Malaya ....... kat atas tu adalah beberapa gambar yang aku snap semasa berada di situ dan juga makanan yang aku dan h/mate aku order ...... kalau sesiapa nak cuba makan kat situ pergi lah memang best dan tak rugi makan disitu sebab makanan nyer sedap dan lazat2 belaka ...... so apa lagi cuba lah ye .....tu je lah coretan aku buat hari ni .......


Wednesday, October 20, 2010

Mee Hoon Soto Istimewa

....... meh cuba rasa mee hoon soto istimewa ..... wala laa ........


........ mee hoon soto istimewa .......


....... ni dier bahan2 sampingan yang perlu ada ketika menghidang mee hoon soto istimewa ni ..... bergedil, kacang tanah goreng, bawang goreng, suhun goreng, daun sop/bawang, taugeh dan yang paling penting sambal kicap sebab ia akan membuka selera kita bila makan mee hoon soto ni ......


......... Assalamualaikum semua pagi ni ...... aku harap kepada semua pembaca blog aku ni sihat walafiat lah diharapkan ye ..... jadi pagi ni nak kongsi lagi lah resepi dari aku ..... maklumlah orang bujang ...... jadi tak banyak kerenah nak makan tu ikut selera je ..... h/mate aku lak tak kisah ape aku masak, dier bedal saje janji kepedasan cili padi tu mesti ada ..... bukan ape tekak aku ni dua tiga hari ni nak buke pose je aku teringat makanan yang bersup ..... (jangan marah ye aku sekarang ni setiap hari berpuasa ..... dapat pahala pun ada .... kesihatan pun ok ...... badan pun kurus lah sikit ...he...he...he...) jadik aku pun ape lagi pas je balik opis tu terus lah ke HERO Taman Dagang dan beli lah barang keperluan untuk buat MEE HOON SOTO ISTIMEWA dari aku ni lah .......ntah tak tahu lah ape yang istimewa nyer ..... janji sedap dan enak ......

.....Maka dengan itu kalau ada sesiapa yang berminat nak mencuba resepi mee hoon soto istimewa aku ni yang aku belajar sendiri dari resepi keluarga angkat aku dari JOHOR .....jangan segan jangan malu copy je resepi aku kat bawah ni yer ..... selamat mencuba .....

Sup Soto

Bahan2nya:

Bahan2 kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
1/2 inci halia

Bahan2 lain:
1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong kecil2)
1 sudu rempah sop Mak Siti dan 1 sudu rempah kurma
(dicampurkan dengan 1/2 cawan air dan dikacau rata .... ketepikan)
Rempah campak (1 inci kulit kayu manis, 5 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih, dan 3 kuntum bunga lawang)
2 batang serai (dititik)
2 helai daun pandan (dicarik2 dan disimpul)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
sedikit serbuk perasa
1/2 cawan minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara2nya membuat sup:
Pijarkan minyak seketika, setelah itu tumis rempah campak dan serai tadi dan tumis sehingga naik bau. Seterusnya masukkan bahan2 yang yang dikisar tadi sehingga garing.
Setelah garing masukkan pula rempah soto dan rempah kurma tadi. Biarkan seketika dan pecah minyak.
Bila dah pecah minyak rempah tadi masukkan ayam, gaul dan biarkan sehingga ayam itu empuk. Setelah empuk masukkan pula air dan daun pandan. Air pula mengikut paras ayam didalam periuk tu kalau nak sup dia pekat tapi kalau nak sup dier cair sedikit lebihkan lah sedikit air nyer ok.
Biarkan dier mendidih seketika. Setelah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Seterusnya biarkan sup tu mendidih lagi lebih kurang 10 minit. Kemudian padamkan api dan bolehlah dihidangkan.

Bergedil

Bahan2nya:
300 gm daging cincang (minced meet)
3 biji ubi kentang (dibersihkan, direbus sehingga empuk dan dilecek lumat)
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan cili merah yang dihiris
1/2 cawam daun sop dan daun bawang yang dihiris
1/2 cawan bawang merah yang dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung gandum
3 biji telur
1/2 sudu kecil gula
garam mengikut rasa
sedikit serbuk perasa
2 cawan minyak untuk mengoreng

Cara2nya:
Mudah saja nak menyediakannya.
Satu dan gaulkan semua bahan2 diatas tadi di dalam mangkuk kecuali telur dan minyak.
Setelah sebati masukkan 1 biji telur. Gaul lagi. Seterusnya bentukkan adunan tadi bulat2 sebesar bola ping pong. Setelah menjadi bulat leperkan sedikit setebal 1/2 inci. Buatlah seterusnya sehingga adunan tadi habis. Kita boleh dapat lebih kurang 25 biji hingga 30 biji bergedil.
Setelah itu panaskan minyak dalam kuali. Pukul 2 biji telur tadi didalam mangkuk. Seterusnya celupkan bergedil tadi dalam telur tadi dan gorenglah sehingga warna keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Buatlah sehingga habis. Setelah itu bolehlah dihidangkan bersama mee hoon soto tadi.

Sambal kicap

Bahan2nya:

15 biji cili padi (cili padi kampung)
2 ulas bawang puteh
1/2 cawan kicap pekat (saya guna kicap pekat JALEN)
1/2 cawan kicap lemak manis
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka (kalau tak suka boleh ganti dengan perahan air limau nipis)


Cara2nya:
Tumbuk cili padi dan bawang puteh sehingga lumat. Setelah lumat campurkan semua bahan2 lain tadi. Kacau sehingga rata. Bolehlah dihidangkan bersama soto tadi.

Bahan2 sampingan untuk soto tadi:
1/2 cawan kacang tanah goreng
1/2 cawan daun sop dan daun bawang yang dihiris
1 cawan taugeh (dibersihkan)
1 cawan suhun goreng (goreng suhun dalam minyak panas bila nampak suhun tu kembang angkat dan toskan minyaknya)
1/2 cawan bawang goreng

Ok sekarang boleh dhidangkan semua bahan diatasn tadi mengikut kreativiti anda sendiri ok. Selamat mencuba.


Monday, October 18, 2010

Hidangan Makan Malam Tadi

....... kuew tiaw goreng pedas .....



...... salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku ni ........ hari ni aku nak kongsi lah menu makan malam aku malam tadi ....... malas nak masak yang berat2 jadi aku masak kuew tiaw goreng pedas je .... sebab aku ngan h/mate ni suke makan yang pedas2 kalau makan malam tu .... tu lah dier rope nyer kuew tiaw goreng pedas aku tu ...... kalau nak cuba ambil atau copy je resepi dier kat bawah ni ye ..... selamat mencuba ......

Bahan2nya:
500 gm kuew tiaw basah (Anggaran 1 paket kecil)
1/2 cawan udang basah (dibersihkan)
1/2 cawan daging (dihiris)
2 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis2)
1 cawan taugeh (dibuang ekor nyer)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit gula
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat (saya guna jenama "JALEN")
sedikit daun sop dan daun bawang (dihiris halus) sebagai hiasan
minyak untuk menumis

Bahan2 yang dikisar halus:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
10 biji cili kering

Cara2nya:
Pijarkan minyak. Setelah itu tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
Setelah itu masukkan daging kacau dan biar daging itu empuk sedikit. Kemudian masukkan udang. Biarkan seketika.
Apabila udang nampak kemerah-merahan masukkan pula cili sos, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi selama 5 minit. Seterusnya pula masukkan kuew tiaw tadi dan kacau rata dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan taugeh dan tauhu tadi. Kacau rata. Padamkan api. Dan Boleh dihidangkan dan taburkan hirisan daun sop dan daun bawang.


Saturday, October 16, 2010

Hidangan Ringkas Makan Tengahari Tadi


........ ikan nyuk-nyuk goreng sambal ringkas .......


...... bendi rebus bersambal ......


..... Assalamualaikum semua kepada peminat blog aku ni ..... ada ke aku ni peminat ye ..... tak pe tak kisah la ..... janji kalau ada yang jenguk blog aku ni aku nak kongsi la resepi orang bujang yang aku masak untuk tengahari tadi ....... gambar nyer kat atas tu .... resepinyer kat bawah ni .....

Ikan nyuk-nyuk goreng sambal ringkas

Bahan2nya:
1 ekor ikan nyuk-nyuk
(ape ikan pun boleh, siang dan bersihkan serta potong ikut suka seterusnya gaul sedikit garam dan kunyit sehingga rata)
2 sudu besar cili sos
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit gula
minyak masak untuk mengoreng dan menumis

Bahan2 untuk dikisar halus
10 tangkai cili kering (kalau tak pedas boleh tambah ikut rasa)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
1/2 inci halia
1 batang serai

Cara2nya:
Pijarkan minyak. Goreng ikan tadi hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
Keluarkan minyak sedikit dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga garing. Setelah garing masukkan garam, gula, serbuk perasa serta sos cili. Masak lagi dalam masa lebih kurang 10 minit.
Setelah semuanya sebati dan garing padamkan api. Tuangkan sambal tadi atas ikan dan bolehlah dihidangkan.


Bendi rebus bersambal

Bahan2nya:
15 biji bendi yang sederhana panjang
(rebus 5 minit dan keluarkan dan masuk dalam air sejuk supaya ia nampak masih lagi hijau dan boleh lah diletakkan didalam pinggan hidang..... ikut stail CMG ......)
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan2 yang ditumbuk kasar
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1/2 cawan ikan bilis

Cara2nya:
Pijarkan minyak.
Tumniskan bahan2 yang ditumbuk kasar tadi sehingga garing. Setelah garing masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul lagi dan padamkan api. Angkat dan curahlah atas bendi yang direbus tadi dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba......


Percutian Cuti-Cuti 1Malaysia Di Johor Bahru (13 - 14/10/2010)

....... tu h/mate aku tengah termenung kat Tanjung Emas, Muar.... he.....he...he...... termenungkan ape tu ....... kat seberang sana tu Masjid Baru Bandar Muar, Johor ........


......... tengok lah tu h/mate aku posing sakan ...... kat tepi pantai Tanjung Emas tu ....... atas tangan dier tu ada durian ......he...he...he.......


....... pemandangan waktu petang di Tanjung Emas, Muar, Johor .........


....... ni dier h/mate aku tengah menghayati keindahan di Tanjung Emas, Muar .......


....... ni lak kita orang dalam kereta on da way nak balik KL dari JB ....... sibuk kan bandar JB .......


...... h/mate aku tengah drive ...... senyum lebar nampak ....... senyum kat sape tu .........


...... nasi goreng istimewa restoran rumah limas, Danga Bay, Johor Bahru ......


........ mee hoon goreng restoran rumah limas, Danga Bay, Johor Bahru ........


....... pemandangan luar Restoran Rumah Limas, Danga Bay ........


....... tengah menunggu pesanan yang dipesan .......


......... di Taman Ria Danga Bay, JB .......


........ pemandangan di luar Petting Zoo, Danga Bay .....


......... di Taman Ria Danga Bay, JB .......


......... di Taman Ria Danga Bay, JB .......


......... di Taman Ria Danga Bay, JB .......


......... aku di Taman Ria Danga Bay, JB .......


......... di Taman Ria Danga Bay, JB .......


....... pemandangan luar Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru ........

..... salam semua pembaca blog ...... kat atas tu adalah sebahagian dari gambar kenangan kita orang bercuti-cuti 1Malaysia di Johor Bahru ........ seronok gak kat JB ni ..... suasana nyer ok ...... sibuk gak tapi tak lah sesibuk KL ...... makanan nyer ok gak ....... orang-orang nyer baik2 gak ......... dan seronok gak berjalan-jalan di Danga Bay ...... tu lah sebahagian nyer percutian kami ........ wasalam .....